Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Penerbangan di lapangan terbang Bali kembali beroperasi
  • GLOBAL

Penerbangan di lapangan terbang Bali kembali beroperasi

Utusan Sarawak 1 day ago

Lapangan Terbang Antarabangsa I Gusti Ngurah Rai di pulau peranginan Bali, Indonesia. Gambar fail

JAKARTA: Penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa I Gusti Ngurah Rai di pulau peranginan Bali, Indonesia kembali beroperasi seperti biasa susulan aktiviti letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki di wilayah Nusa Tenggara Timur yang semakin reda, menurut maklumat daripada pihak lapangan terbang dan agensi kerajaan pada Khamis, lapor Xinhua.

Ketua bahagian komunikasi dan undang-undang lapangan terbang berkenaan, Gede Eka Sandi Asmadi, mengesahkan bahawa operasi penerbangan telah kembali normal. 

Tiada laporan pembatalan penerbangan antarabangsa atau domestik dilaporkan di laman web rasmi lapangan terbang itu pada Khamis.

“Beberapa penerbangan yang sebelum ini dibatalkan susulan letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki kini beransur-ansur kembali beroperasi,” katanya.

Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi memaklumkan bahawa aktiviti letusan gunung tersebut telah menunjukkan tanda-tanda reda secara berperingkat sejak Selasa, selepas ia memuntahkan abu sehingga setinggi 10 kilometer ke udara.

Menurut pusat itu lagi, letusan masih berlaku pada Khamis, namun kepulan abu tidak dapat dilihat kerana dilitupi awan.

Notis Pemerhatian Gunung Berapi bagi Penerbangan (VONA) yang sebelum ini berada pada tahap merah, iaitu amaran tertinggi bagi penerbangan, telah ditarik balik.

Gunung setinggi 1,584 meter itu merupakan antara 127 gunung berapi aktif di Indonesia.– BERNAMA-XINHUA

Continue Reading

Previous: PM Thailand mohon maaf
Next: Roket Starship 36 meletup semasa ujian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.