Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Toh Puan Fauziah hadiri kelas kraf tangan bunga songket
  • TEMPATAN

Toh Puan Fauziah hadiri kelas kraf tangan bunga songket

Utusan Sarawak 1 day ago

PETRA JAYA: Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi hari ini menghadiri Kelas Kraf Tangan Bunga Songket anjuran Badan Kebajikan Angkatan Tentera (BAKAT) di bawah naungan Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat (PMTTD), yang berlangsung di Astana Negeri Sarawak.

Ketibaan Toh Puan disambut mesra oleh Naib Pengerusi 2 Jemaah BAKAT Darat Datin Erni Irawati Rosli, Pengerusi BAKAT 1 Divisyen Datin Roslina Abu Bakar, Pengerusi BAKAT 3 Briged Dayang Satiah Awang Siee, dan Pemangku Pengerusi BAKAT Gabungan Markas Pemerintahan Medan Timur Norrela Husin, bersama para pegawai dari Astana Negeri Sarawak.

Penganjuran kelas ini bertujuan memberi pendedahan dan latihan kemahiran kepada peserta dalam pembuatan bunga songket – sejenis seni kraf tangan tradisional yang halus, bernilai tinggi serta kaya dengan warisan budaya tempatan.

Program ini juga dilihat sebagai platform untuk memupuk minat serta menggalakkan penyertaan aktif dalam kalangan ahli terhadap seni kemahiran tangan.

Toh Puan turut meluangkan masa menyaksikan demonstrasi pembuatan bunga songket dan berkesempatan mencuba sendiri seni tersebut yang dibimbing oleh tenaga pengajar, Shazwenatul Anira Kamaruzzaman, dan Suhana Wahap.

Turut hadir memeriahkan program ialah Lt Kol Farina Idayu Iskander, Lt Kol Darmawaty Mohd Najib, Mejar Helen Jonis Nyowit, Kapten Nur Nadia Kosnandir, Leftenan Jacquelyn Bayak Lechok serta Lans Koperal Siti Nur Syaufiqa Abdullah selaku jurugambar rasmi.

Dalam ucapannya, Toh Puan merakamkan penghargaan kepada BAKAT atas usaha menganjurkan program yang memberi manfaat besar ini.

Beliau menyifatkan program sebegini bukan sahaja mampu mengembangkan kemahiran ahli, malah penting dalam usaha memelihara dan mewarisi seni kraf tangan tempatan.

Toh Puan turut berharap agar program seumpama ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa sebagai wadah memperkukuh silaturahim, memartabatkan seni tradisional serta memperkasakan peranan wanita dalam masyarakat.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Kompleks baharu JPJ Sarikei dirasmi, lengkap dengan kuarters
Next: LAKMNS lancar Festival Maal Hijrah 1447H/2025 di Masjid Jamek Negeri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.