Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Jepun rancang bawa keluar 90 rakyat, ahli keluarga melalui jalan darat
  • GLOBAL

Jepun rancang bawa keluar 90 rakyat, ahli keluarga melalui jalan darat

Utusan Sarawak 2 days ago
KEPULAN asap tebal dilihat dari kilang penapisan minyak di selatan Tehran, selepas ia terkena serangan Israel baru–baru ini. FotoAFP

TOKYO: Jepun merancang untuk memindahkan kira-kira 90 rakyatnya dan ahli keluarga mereka dari Iran melalui jalan darat seawal malam tadi, menurut sumber kerajaan, susulan kebimbangan yang semakin meningkat terhadap kemungkinan tercetusnya konflik lebih besar antara Tehran dan Tel Aviv.

Menurut agensi berita Kyodo, warga Jepun dijangka keluar dari ibu negara Iran menaiki bas menuju ke negara jiran, Azerbaijan, memandangkan lapangan terbang telah ditutup.

Kerajaan Jepun juga sedang mempertimbangkan untuk menghantar pesawat pengangkut Pasukan Pertahanan Diri ke pangkalannya di Djibouti, Afrika Timur untuk bersiap sedia.

Pemindahan rakyat Jepun dari Israel ke Jordan melalui jalan darat turut sedang diatur, menurut sumber berkenaan malam tadi.

Esok, Israel mula melancarkan serangan ke atas kemudahan nuklear dan beberapa lokasi lain di Iran, yang dianggap musuh serantaunya dan dituduh sedang membangunkan senjata nuklear. Serangan itu mencetuskan tindak balas balas dari Iran.

Ketegangan terus memuncak susulan laporan media yang menyatakan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump sedang mempertimbangkan untuk menyertai serangan Israel ke atas tapak nuklear Iran.

Kelmarin, Jepun menaikkan tahap amaran perjalanan ke seluruh Iran ke Tahap 4, iaitu yang tertinggi dengan menasihatkan rakyatnya supaya meninggalkan negara itu dan mengelak daripada melakukan sebarang perjalanan.

Kira-kira 280 rakyat Jepun berada di Iran ketika ini, menurut Kementerian Luar Jepun.

Pemindahan akan dilaksanakan bagi mereka yang berhasrat untuk meninggalkan negara itu. – Bernama – Kyodo

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Gempa bumi 6.1 skala Richter landa perairan Hokkaido, Jepun
Next: Pesawat Qantas alami kerosakan selepas langgar jambatan udara di di Lapangan Terbang Brisbane

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.