DBKU Mayor’s Run 2025 julung kali dianjurkan 3 Ogos depan

Facebook
WhatsApp
DATO Haji Hilmy ketika sidang media DBKU Mayor’s Run 2025, di sini, hari ini.

PETRA JAYA: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) bakal menganjurkan buat julung kalinya acara DBKU Mayor’s Run 2025 pada 3 Ogos depan di Padang Merdeka, bersempena sambutan Hari Bandaraya ke-37.

Program tersebut dianjurkan dengan kerjasama Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-Isteri (SABATI), Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Sarawak (MAKSAK), City Jogger’s Club (CJC), serta R.S Management and Transport Services.

Dato Haji Hilmy berkata, penganjuran Mayor’s Run merupakan inisiatif DBKU untuk mempromosi gaya hidup sihat serta memupuk semangat perpaduan dalam kalangan warga bandaraya.

“Acara ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira usia dan tahap kecergasan, sebagai simbol komitmen kita membina bandaraya yang lestari, sihat dan berdaya huni,” ujarnya.

Mayor’s Run 2025 turut bersifat amal apabila hasil sumbangan penyertaan akan disalurkan kepada Persatuan Kebajikan Ronald McDonald House Charities Malaysia (RMHC), bagi menyokong kanak-kanak serta keluarga yang memerlukan.

Tiga kategori larian ditawarkan iaitu 3KM Fun Walk, 7KM Fun Run, dan 16KM Competitive Run.

Bagi kategori 16KM, hadiah wang tunai ditawarkan kepada 20 pemenang utama, termasuk RM1,500 (pertama), RM1,000 (kedua), dan RM800 (ketiga).

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 3 Julai depan. Orang ramai digalakkan mendaftar awal bagi mengelakkan kekecewaan.

DBKU mengalu-alukan penyertaan warga Kuching dalam acara ini yang bukan sahaja menyemarakkan semangat kesukanan tetapi turut menyumbang kepada kebajikan masyarakat.

Majlis pelancarannya bakal dihadiri Datuk Bandar Kuching Utara, Dato Haji Hilmy Haji Othman, Pengarah DBKU, Ramzi Abdillah dan Pengerusi Biro Sukan MAKSAK Wanita Sarawak, Hajah Haluyah Awi.

Oleh Norman B.

Zidane mulakan tugas dalam era baharu Perancis

PARIS, Perancis: Zinedine Zidane bertahun-tahun menanti peluang untuk mengendalikan pasukan kebangsaan Perancis dan pada Jumaat ini, pengganti Didier Deschamps sebagai

Sesko tarik diri daripada skuad Slovenia

LONDON, United Kingdom: Penyerang Manchester United, Benjamin Sesko, menarik diri daripada skuad Slovenia bagi saingan Liga Negara-Negara UEFA selepas tidak