Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Sri Aman langkah kanan, tewaskan Mukah 2-1
  • SUKAN

Sri Aman langkah kanan, tewaskan Mukah 2-1

Utusan Sarawak 7 hours ago
TIGA regu pasukan Sri Aman yang  menjadi sandaran dalam kategori berpasukan menentang Mukah hari ini. Sri Aman menang 2-1. -Foto Adi Safarman

KOTA SAMARAHAN: Pasukan Sri Aman memulakan saingan Kejohanan Sepak Takraw Piala Sarawak 2025 dengan langkah kanan apabila menewaskan pasukan Mukah 2-1 dalam kategori berpasukan di Stadium Tertutup Kota Samarahan, hari ini.

Kemenangan tersebut membolehkan skuad yang diberi jolokan ‘Simanggang Gators’ dan diketuai Abdul Karim Mohd Bakri mara ke pusingan suku akhir yang dijadual berlangsung esok.

Presiden Persatuan Sepak Takraw Bahagian Sri Aman (PESTASA) merangkap Pengurus Pasukan, Awangku Hafizi Awang Azahari, menyifatkan kejayaan itu sebagai permulaan yang positif dan membanggakan buat pasukannya.

“Ketiga-tiga regu yang diturunkan hari ini menunjukkan komitmen tinggi serta semangat juang luar biasa. Mereka bermain habis-habisan demi memastikan kemenangan menjadi milik Sri Aman,” ujarnya ketika ditemui selepas perlawanan.

Namun begitu, beliau mengingatkan para pemain agar tidak terlalu selesa dengan kemenangan awal tersebut, sebaliknya memberi sepenuh fokus kepada perlawanan seterusnya.

“Kejayaan hari ini harus dijadikan pemangkin semangat untuk menghadapi saingan lebih mencabar pada peringkat suku akhir dan seterusnya,” tambahnya.

Kejohanan edisi 2025 ini menyaksikan penyertaan 10 pasukan mewakili bahagian iaitu Kuching, Kota Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Sibu, Mukah, Bintulu, Miri dan Limbang.

Empat kategori akan dipertandingkan iaitu berpasukan lelaki (tiga regu), regu lelaki, regu belia lelaki dan regu wanita.

Kejohanan ini dijangka menjadi platform terbaik dalam mencungkil bakat baharu sepak takraw di peringkat akar umbi dan melahirkan lebih ramai pemain berpotensi tinggi di Sarawak.

Oleh Adi Safarman

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Bernardo Silva bakal ketuai Manchester City selepas buat keputusan untuk kekal
Next: DBKU Mayor’s Run 2025 julung kali dianjurkan 3 Ogos depan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.