Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Bernardo Silva bakal ketuai Manchester City selepas buat keputusan untuk kekal
  • SUKAN

Bernardo Silva bakal ketuai Manchester City selepas buat keputusan untuk kekal

Utusan Sarawak 10 hours ago
PEMAIN tengah Portugal Manchester City, Bernardo Silva, bercakap kepada media di stadium Lincoln Financial Field, Philadelphia pada 17 Jun 2025, sehari sebelum perlawanan Kumpulan G Piala Dunia Kelab FIFA 2025 antara Manchester City dan Wydad Ac dari Maghribi. Foto AFP

PHILADELPHIA: Bernardo Silva mengesahkan yang beliau akan kekal bersama Manchester City untuk musim akan datang dan bersedia menyarung lilitan kapten, lapor PA Media/dpa.

Pemain tengah Portugal itu kini memasuki tahun terakhir dalam kontraknya dan sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan pada musim panas ini selepas lapan musim di Stadium Etihad.

Kelab Arab Saudi, Al-Hilal, dilaporkan antara yang berminat terhadap pemain berusia 30 tahun itu, namun beliau memutuskan untuk menolak semua tawaran demi kekal bersama City.

Keputusannya itu mungkin membawanya ke peranan lebih senior, apabila pengurus Pep Guardiola mendedahkan yang Silva akan menjadi seorang daripada empat pemain dalam kumpulan kapten bagi musim 2025-26.

Silva berkata, “Musim ini pasti bersama Man City. Saya akan kekal.

“Saya pernah ada pilihan sebelum ini dan juga tahun ini, tetapi seperti tahun lalu, tahun ini saya tetap memilih untuk kekal di Man City.”

Silva yang ditemui di Philadelphia menjelang perlawanan pertama City dalam Piala Dunia Kelab menentang Wydad Casablanca, enggan mengesahkan sama ada ini akan menjadi musim terakhirnya di Manchester atau tidak.

Katanya: “Saya tahu apa yang akan saya lakukan tetapi belum masanya untuk bercakap mengenainya. Saya sangat fokus untuk musim ini dan bermain dengan baik untuk Man City. Bila tiba waktunya, saya akan berbicara tentangnya.”

Guardiola mengubah pendekatannya musim ini dengan memilih sendiri kumpulan kapten untuk pasukan, sesuatu yang belum pernah dilakukannya sebelum ini.

Sebelum ini, pemain dan kakitangan kejurulatihan mengundi untuk memilih kapten mereka sendiri, tetapi selepas musim lalu yang kurang memberangsangkan, Guardiola mengambil keputusan untuk mengawal perkara itu sendiri.

Silva, Ruben Dias, Rodri dan Erling Haaland diumumkan secara rasmi oleh Guardiola pada Selasa sebagai empat pemain yang membentuk kumpulan kepimpinan tersebut.

Silva menerima pujian paling tinggi, memberi gambaran bahawa jika cergas dan diturunkan, bekas pemain Monaco itu akan menjadi ketua pasukan.

“Saya pengurus dan buat pertama kalinya dalam kerjaya saya, saya memilih sendiri kapten saya,” kata Guardiola.

“Saya tidak suka apa yang berlaku musim lalu dan saya memutuskan musim ini siapa yang mewakili pasukan. Kadangkala saya mahu jadi bos!

“Saya fikir Bernardo adalah figura yang luar biasa untuk kami. Lapan tahun di sini, tiada kecederaan, dan dalam saat-saat sukar beliau selalu tampil ke hadapan dan mempamerkan aksi baik di atas padang.

“Ruben juga begitu, sama seperti Rodri.”

Tiga pemain itu sudah berada dalam kumpulan kepimpinan musim lalu, bersama Kyle Walker dan Kevin De Bruyne, namun kemasukan Erling Haaland yang berusia 24 tahun adalah perkembangan baharu.

Penyerang prolifik itu menandatangani kontrak selama 10 tahun pada Januari dan selepas menjaringkan 121 gol dalam 142 penampilan untuk City, beliau kini bersedia menggalas peranan lebih besar.

Guardiola berkata: “Dia perlu mula belajar apakah maksud menjadi kapten kerana dia akan berada di sini, harapnya, untuk tempoh yang sangat panjang.

“Lambat laun dia akan mengambil alih sebagai ketua utama. Saya buat keputusan itu kerana dia sangat dihormati. Dia adalah figura penting buat kami.”- Bernama-PA Media/dpa

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Pempengaruh jelita terima ugutan bunuh hanya disebabkan bercuti bersama Yamal
Next: Sri Aman langkah kanan, tewaskan Mukah 2-1

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.