Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Ronaldo hantar mesej keamanan kepada Trump
  • GLOBAL

Ronaldo hantar mesej keamanan kepada Trump

Utusan Sarawak 17 hours ago

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menunjukkan jersi dengan mesej keamanan daripada bintang bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo.

ALBERTA, Kanada: Cristiano Ronaldo menghantar mesej keamanan kepada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menerusi jersi bola sepak yang ditandatangani legenda Portugal itu.

Jersi berkenaan diserahkan melalui ketua Majlis Eropah, Antonio Costa yang berasal dari Portugal.

“Kepada Presiden Donald J Trump. Bermain untuk keamanan,” tulis Ronaldo di belakang jersi bernombor tujuh berserta tandatangannya.

Mesej berkenaan dihantar ketika Israel mencetus peperangan baharu dengan menyerang Iran.

Trump ketika menghadiri Sidang Kemuncak G7 di Kanada berjanji akan membantu negara-negara bertelingkah mencapai persetujuan untuk gencatan senjata.

“Kita akan mencapai KEAMANAN dalam masa terdekat, antara Israel dan Iran! Perbincangan sedang berlangsung sekarang,” kata Trump. – AGENSI

Continue Reading

Previous: Pelaburan minyak global djangka susut 6 peratus kepada sekitar AS$420 bilion pada 2025 – IEA
Next: Letusan gunung berapi, puluhan penerbangan dibatalkan di Bali

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.