Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Separuh laluan Jambatan Sungai Bintangor dibuka hari ini hingga 1 Ogos
  • TEMPATAN

Separuh laluan Jambatan Sungai Bintangor dibuka hari ini hingga 1 Ogos

Utusan Sarawak 1 day ago
PELAN pengurusan trafik menunjukkan aliran kenderaan sehala melalui laluan yang dibuka semasa kerja pembinaan dijalankan.

KUCHING: Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Kuching memaklumkan bahawa separuh laluan Jambatan Sungai Bintangor di Jalan Datuk Ajibah Abol akan dibuka kepada aliran trafik bermula hari ini sehingga 1 Ogos 2025.

Menurut kenyataan rasmi JKR, pembukaan separa laluan ini melibatkan arah perjalanan dari Masjid Bandar Kuching menuju ke Kampung No. 1, dan hanya dibenarkan pada waktu tertentu.

Ini bagi memastikan keselamatan pengguna serta kelancaran kerja-kerja pembinaan yang sedang dijalankan.

Waktu operasi laluan ini dibahagikan kepada tiga sesi harian, iaitu bagi sesi pagi bermula 5.00 pagi hingga 9.00 pagi, sesi tengah hari 11.30 pagi hingga 2.00 petang, dan sesi petang 4.30 petang hingga 8.30 malam.

Laluan ini hanya boleh digunakan oleh kenderaan yang memenuhi syarat, iaitu ketinggian tidak melebihi 2.1 meter, berat tidak melebihi 3 tan, dan had laju maksimum 30 kilometer sejam.

Sebagai langkah keselamatan tambahan, pejalan kaki tidak dibenarkan menggunakan laluan ini sepanjang tempoh pembukaan separa berkenaan.

Pemasangan penghadang konkrit dan kon keselamatan turut dilaksanakan bagi menjamin keselamatan pengguna jalan raya dan pekerja di tapak pembinaan.

Orang awam yang mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan aliran trafik di kawasan tersebut boleh menghubungi Pejabat JKR Bahagian Kuching di talian 082-203414 pada waktu pejabat.

JKR juga menasihati semua pengguna jalan raya agar sentiasa berwaspada ketika melalui kawasan pembinaan serta mematuhi semua papan tanda dan arahan keselamatan yang disediakan.

Oleh Shikin Mahmud

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Gangguan air berjadual di beberapa kawasan Daerah Bau
Next: Peruntukan RM600,000 naik taraf saliran Sentosa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.