Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tun Taib, Abang Jo tunaikan solat Aidiladha
  • TEMPATAN

Tun Taib, Abang Jo tunaikan solat Aidiladha

Utusan Sarawak 5 years ago
TUNAIKAN SOLAT AIDILADHA… Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg telah menunaikan solat sunat Hari Raya Aidiladha.

KUCHING: Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg telah menunaikan solat sunat Hari Raya Aidiladha dalam norma baharu di Masjid Jamek, semalam.

Turut menunaikan solat bersama ratusan jemaah yang lain.

Menurut Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam & Dewan Bandaraya Kuching Utara), Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi, solat sunat Hari Raya Aidiladha telah diadakan mengikut norma baharu dengan mematuhi garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) yang disediakan.

“Kita masih mengekalkan garis panduan dan SOP yang telah pun disediakan dengan penjarakan sosial di antara jemaah dalam masjid tadi,” katanya.

Beliau mengucap syukur kerana solat sunat Aidilahda pada pagi itu berjalan dengan lancar.

Turut hadir, Yang DiPertua Majlis Islam Sarawak, Datu MisnuTaha, Mufti Negeri Sarawak, Datu Kipli Yassin dan Ketua Hakim Syarie, Awang Suhaili Ledi dan Imam Besar Negeri Sarawak, Sahibul Fadilah serta Ustaz Mustapha Kamal Ahmad Fauzi.

Oleh Alexandra Lorna

Continue Reading

Previous: Projek Tebingan Sungai bakal rancakkan pelancongan
Next: Bandar Raya Kuching dibangun semula

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.