Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEKNOLOGI
  • Kerjasama Univers-SDEC lonjak Sarawak sebagai peneraju teknologi hijau
  • TEKNOLOGI

Kerjasama Univers-SDEC lonjak Sarawak sebagai peneraju teknologi hijau

Utusan Sarawak 16 hours ago
METERAI MOU… Dato Sudarnoto Osman dan Arun Poojari menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU). Turut disaksikan oleh Hii Ding Sin, Ariffin Mohamad, Dato Lo Khere Chiang dan Busiai Seman.

KUCHING: Sarawak bakal mencatat sejarah baharu apabila Univers, peneraju global dalam teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dan Internet Benda (IoT) untuk sektor tenaga, menjalin kerjasama strategik bersama Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) bagi menubuhkan Net Zero Centre of Excellence pertama di Malaysia.

Pusat yang akan beroperasi di Kuching ini dijangka menjadi pemangkin utama kepada inovasi digital dan kelestarian alam sekitar di rantau ini.

Ia akan berfungsi sebagai platform untuk mempercepat transformasi ekonomi Sarawak ke arah ekonomi rendah karbon berasaskan teknologi, sejajar dengan aspirasi negeri ke arah masa depan yang lebih lestari dan inklusif.

Menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) yang dimeterai hari ini, kerjasama ini akan merangkumi pelbagai bidang strategik termasuk pembangunan strategi digital, penyelidikan dan pembangunan bersama, serta pelaksanaan projek sebenar berasaskan AI dalam pelbagai sektor utama seperti tenaga, perhotelan dan pembangunan bandar.

Naib Presiden Global Univers, Arun Poojari, menyifatkan kerjasama ini sebagai peluang penting untuk membuktikan bagaimana teknologi boleh digunakan untuk menyelesaikan cabaran global secara tempatan.

“Kelestarian adalah satu perjalanan yang dibina atas data, kerjasama dan tindakan. Kami membawa AI untuk sektor tenaga ke barisan hadapan, menggunakan sistem pintar untuk mempercepat peralihan ke arah ekonomi rendah karbon dan membantu wilayah membangun seperti Sarawak melonjak terus ke masa depan net zero,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. 

Tambah beliau, Univers akan membawa kepakaran globalnya dalam AI dan kelestarian untuk menyokong aspirasi Sarawak, bukan sahaja melalui teknologi tetapi juga dalam pembangunan kapasiti dan penjanaan inovasi tempatan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SDEC, Dato Sudarnoto Osman, berkata bahawa kerjasama ini mencerminkan komitmen Sarawak untuk bukan sahaja mengejar kemajuan digital, tetapi juga menjadikan teknologi sebagai asas kepada ekonomi yang mampan dan berdaya tahan.

“Di SDEC, kami bergerak dengan pemikiran seorang pereka, menyambungkan rakyat kepada peluang, data kepada keputusan, dan inovasi kepada infrastruktur. 

“Sebagai agensi milik kerajaan negeri, mandat kami bukan sekadar melaksanakan projek digital, tetapi membina masa depan ekonomi digital Sarawak yang inklusif, tangkas dan menyeluruh,” ujarnya.

Beliau menambah bahawa kolaborasi dengan Univers membuktikan bahawa Sarawak bukan sekadar mencuba AI, malah telah mula menggunakannya secara aktif dalam membentuk dan mengekalkan persekitaran binaan yang lebih pintar.

“Sarawak bukan sekadar mencelup jari ke dalam dunia AI. Kita sudah menggunakannya hari ini. Kolaborasi ini adalah langkah penting ke arah masa depan di mana penyelesaian digital menjadi teras dalam cara kita mereka bentuk dan mengekalkan persekitaran hidup kita,” katanya.

Inisiatif ini juga dilihat seiring dengan Pelan Induk Ekonomi Digital Sarawak 2030, yang memberi penekanan kepada transformasi digital sebagai pemacu utama pertumbuhan ekonomi dan kelestarian jangka panjang negeri.

Tags: Teknologi

Continue Reading

Previous: Telco Malaysia mula jana pendapatan 5G melalui penyelesaian AI bersepadu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.