Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Pendidikan bahasa ibunda terus diperkasa dalam masyarakat majmuk
  • PENDIDIKAN

Pendidikan bahasa ibunda terus diperkasa dalam masyarakat majmuk

Utusan Sarawak 21 hours ago
SIJIL PENCAPAIAN….Para peserta bergambar bersama Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datoʼ Sri Huang Tiong Sii selepas menerima sijil pencapaian.

SARIKEI: Pendidikan bahasa ibunda perlu terus diperkukuh, terutamanya dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia di mana Bahasa Cina memainkan peranan penting, kata Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, yang juga Ahli Parlimen Sarikei dan ADUN Repok, Dato’ Sri Huang Tiong Sii.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penutupan Pertandingan Pidato dan Kaligrafi Bahasa Cina Peringkat Bahagian Sarikei 2025 yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Sarikei, baru-baru ini.

“Penganjuran pertandingan ini bukan sahaja meningkatkan penguasaan bahasa dalam kalangan pelajar, malah turut membina keyakinan diri serta keupayaan mereka berkomunikasi secara berkesan,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau melahirkan rasa bangga terhadap pencapaian para pelajar serta menghargai komitmen guru dan sokongan ibu bapa.

“Kebolehan para peserta amat mengagumkan dan mencerminkan kecintaan mereka terhadap Bahasa Cina. Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada para guru yang bertungkus lumus dan ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan padu.

“Usaha gigih dan pengorbanan anda semua telah membentuk kecekapan pelajar dalam menguasai bahasa serta meneruskan warisan budaya kita,” katanya lagi.

Tambah beliau, pengalaman yang diperoleh melalui pertandingan ini merupakan nilai pembelajaran yang amat berharga.

“Teruskan berusaha dan melangkah ke hadapan. Semoga anda semua menjadi tonggak harapan negara pada masa depan. Saya mendoakan kejayaan berterusan dalam pelajaran dan agar pendidikan Bahasa Cina terus berkembang dan mencapai kecemerlangan,” ujar beliau.

Oleh Earl Anek

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: SMD galak generasi muda terokai industri cip di TRACE 2025
Next: NTW 2025, 98 peluang kursus percuma semua peringkat umur di Unimas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.