Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tun Wan Junaidi dan isteri luang masa bersama keluarga sempena Hari Bapa
  • TEMPATAN

Tun Wan Junaidi dan isteri luang masa bersama keluarga sempena Hari Bapa

Utusan Sarawak 2 days ago
TUN Wan Junaidi dan isteri, Toh Puan Fauziah bersama keluarga menikmati jamuan makan tengah hari di Oriental Kopi, di Vivacity Megamall, Kuching hari ini. Foto Astana Negeri Sarawak

PETRA JAYA: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi tengah hari tadi berkesempatan meluangkan masa bersama keluarga sempena sambutan Hari Bapa, dengan menikmati jamuan makan tengah hari di Oriental Kopi, Vivacity Megamall, Kuching.

Beberapa orang ahli keluarga iaitu anak dan sepupu Tun Wan Junaidi turut serta bagi memeriahkan suasana dalam majlis makan tengah hari tersebut.

TUN Wan Junaidi dan isteri, Toh Puan Fauziah bergambar bersama orang ramai semasa makan tengah hari di Oriental Kopi, di Vivacity Megamall, Kuching hari ini. Foto Astana Negeri Sarawak

Ketibaan Tun Wan Junaidi dan keluarga telah disambut mesra oleh Pengurus Pusat Beli-belah Vivacity Megamall, Encik Jonathan Naming yang mewakili pihak pengurusan pusat beli-belah tersebut.

Tun Wan Junaidi menzahirkan rasa syukur atas kesempatan yang diberikan untuk meluangkan masa berkualiti bersama insan-insan tersayang, apatah lagi pada hari istimewa iaitu Hari Bapa.

Tun Wan Junaidi dan isteri, Toh Puan Fauziah turut berharap agar suasana kekeluargaan yang harmoni terus menjadi asas kekuatan serta sumber kebahagiaan demi mewujudkan ikatan kekeluargaan yang utuh dan penuh kasih sayang dalam kalangan masyarakat.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Cadang tetapkan tempoh khusus sambutan ‘Ngiling Bidai’ – Nanta
Next: Chong helps Malihah Methodist Church

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.