
Belon udara panas dilancarkan di Taman Negara Bersejarah Goreme di Cappadocia, Turkiye, pada 24 Ogos 2022. - Foto AFP
ISTANBUL: Dua belon udara panas terhempas di tengah Turkiye, mengorbankan sekurang-kurangnya seorang dan mencederakan 19 yang lain, lapor penyiar rasmi TRT hari ini, menurut agensi berita Jerman (dpa).
Seorang pengemudi satu daripada belon yang terbabit dilaporkan terkorban.
Kejadian berlaku semasa penerbangan yang bermula di Lembah Ihlara yang indah, sebahagian daripada wilayah Cappadocia — destinasi pelancongan utama yang terkenal dengan pemandangan dramatik yang menarik ratusan ribu pelawat setiap tahun.
Punca nahas masih belum dapat dipastikan. – Bernama-dpa