Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Cunha tekad bantu United kembali bangkit
  • SUKAN

Cunha tekad bantu United kembali bangkit

Utusan Sarawak 22 hours ago

Cunha pemain pertama diikat United pada jendela perpindahan musim ini. -Foto AFP

LONDON: Matheus Cunha menegaskan dia bertekad membantu Manchester United bangkit semula daripada musim terburuk dalam saingan liga sejak 51 tahun lalu, selepas menjadi pemain utama pertama menyertai kelab itu dalam jendela perpindahan kali ini.

Juara liga Inggeris sebanyak 20 kali itu sedang melalui proses pembinaan semula di bawah kendalian Ruben Amorim, selepas menamatkan musim di tangga ke-15 Liga Perdana (EPL) dan tewas di final Liga Europa kepada Tottenham, yang turut bergelut musim ini.

Kekalahan di Bilbao menyebabkan United gagal layak ke Liga Juara-Juara (UCL), sekali gus menyaksikan mereka akan melalui musim pertama tanpa sebarang aksi Eropah sejak 2014/15.

Namun situasi itu tidak menghalang bintang antarabangsa Brazil, Cunha, daripada melengkapkan perpindahan bernilai £62.5 juta (RM380 juta) dari Wolves, Khamis lalu.

“Memang ini ayat paling klise untuk disebut waktu ini, tapi inilah impian yang menjadi kenyataan.

“Mungkin dari luar, orang sukar faham keputusan saya. Tapi bila ini memang impian sejak kecil, maka pilihan jadi mudah.

“Bagi saya, tiada kelab lain seperti United. Saya tahu musim lalu sangat sukar untuk semua, tapi keputusan ini mencerminkan betapa saya percaya dengan kelab ini dan apa yang United boleh capai.

“Dan, sudah tentu, saya akan beri segalanya dalam diri saya untuk bermain demi kelab impian saya dan bantu kelab impian saya kembali menang,” kata Cunha, 26, kepada MUTV.

Cunha turut berkongsi bahawa dia membesar sebagai peminat setia United dan sangat mengagumi Wayne Rooney serta barisan pemain skuad juara Liga Juara-Juara 2008.

Walaupun United sudah lama tersingkir daripada kelompok elit Eropah, Cunha menyimpan aspirasi tinggi untuk mengembalikan kegemilangan itu.

“Saya rasa tiada pemain yang datang ke sini tanpa terfikir tentang zaman kegemilangan United.

“Masa mereka menang EPL berkali-kali, betapa banyak trofi dimenangi, dan sudah tentu layak ke UCL. Inilah yang saya fikirkan tentang United mengembalikan kelab ini ke puncak, kata Cunha. – AFP

Continue Reading

Previous: Pasukan Lion 3 FT raih juara Futsal Gawai Raya
Next: Pemain Iran, Taremi terkandas di Tehran, terlepas aksi Piala Dunia Kelab

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.