Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Surau Al-Falah Taman Mesra Bako terima sumbangan melalui Rangkaian Kasih NS
  • TEMPATAN

Surau Al-Falah Taman Mesra Bako terima sumbangan melalui Rangkaian Kasih NS

Utusan Sarawak 1 day ago
DATO Sri Nancy Shukri merakamkan gambar kenangan bersama komuniti Surau Al-Falah Taman Mesra Bako pada majlis penyerahan sumbangan hari ini. Foto UKAS

PETRA JAYA: Surau Al-Falah Taman Mesra Bako menjadi lokasi terbaharu menerima sumbangan peralatan menerusi Program Rangkaian Kasih NS, dalam usaha memperkasa komuniti setempat serta memperkukuh kemudahan asas di kawasan Parlimen Santubong.

Sumbangan berupa 100 set kerusi dan lima set meja telah diserahkan dalam satu majlis simbolik  hari ini yang turut dihadiri oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri.

DATO Sri Nancy Shukri merakamkan gambar kenangan bersama komuniti Surau Al-Falah Taman Mesra Bako pada majlis penyerahan sumbangan hari ini. Foto UKAS

Beliau yang juga Ahli Parlimen Santubong menzahirkan komitmen berterusan kerajaan dalam membantu penduduk kampung, khususnya melalui inisiatif-inisiatif yang bersifat menyeluruh seperti Program Rangkaian Kasih NS.

Selain itu, Program Rangkaian Kasih NS merupakan salah satu inisiatif berfokus komuniti yang menyediakan pelbagai bentuk sokongan termasuk bantuan ekonomi, pendidikan, dan kemudahan asas bagi menjamin kesejahteraan rakyat di peringkat akar umbi.

Sumbangan ini diharap dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh komuniti Surau Al-Falah dalam menjayakan pelbagai aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan, sekaligus memperkukuh perpaduan serta kesejahteraan komuniti setempat.

-UKAS

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: RM42.3 juta laksana 16 projek utiliti dan telekomunikasi
Next: Sarawak Oil Palms raikan Gawai ‘Kasi Jadi’, warnai kepelbagaian budaya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.