Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Fazzrudin Presiden FAS baharu
  • SUKAN

Fazzrudin Presiden FAS baharu

Utusan Sarawak 1 day ago
PRESIDEN Kelab Bola Sepak Kuching City Datuk Fazzrudin Abdul Rahman dipilih sebagai presiden baharu Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS).

KUCHING:  Presiden Kelab Bola Sepak Kuching City Datuk Fazzrudin Abdul Rahman dipilih sebagai presiden baharu Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) selepas pencabar utama Dr Mohd Shafiq Abdullah menarik diri daripada bertanding pada Mesyuarat Agung Tahunan FAS hari ini.

Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak yang menang tanpa bertanding itu akan menggantikan Abang Zulkarnain Abang Abdul Rahman bagi penggal 2025 hingga 2027.

Fazzrudin ketika ditemui selepas mesyuarat itu berkata antara agenda utama beliau selaku Presiden FAS adalah untuk membawa sukan bola sepak ke peringkat akar umbi dengan penganjuran Liga Premier Sarawak.

Beliau berkata liga itu akan melibatkan pasukan yang mewakili bahagian-bahagian di Sarawak dan bakal menjadi acara tahunan.

“Sekiranya kualiti liga itu nanti menjadi bagus, maka kita harapkan ia dapat melahirkan lebih ramai pemain berkualiti yang mungkin boleh dilamar oleh pasukan dalam Liga Malaysia atau liga luar negara. Kita mahu lihat pemain bola dari Sarawak dapat bermain di peringkat lebih tinggi.

“Harapan saya selewat-lewatnya bulan September kita boleh mula liga ini dan mungkin ia akan mengambil masa selama tiga bulan,” katanya.

Pada mesyuarat sama, jawatan Timbalan Presiden FAS turut dimenangi tanpa bertanding oleh Datuk Hamzah Brahim. — Bernama

Continue Reading

Previous: Pelumba antarabangsa serikan kejohanan drift tiga hari di Litar Permyjaya
Next: 1,621 badan sukan aktif di Sarawak, KPOBS fokus tambah baik tadbir urus

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.