Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • MBKS raikan Hari Alam Sekitar 2025, 14 Jun di Dewan Masyarakat
  • TEMPATAN

MBKS raikan Hari Alam Sekitar 2025, 14 Jun di Dewan Masyarakat

Utusan Sarawak 2 days ago
DATUK Bandar MBKS, Dato Wee Hong Seng merakamkan gambar kenangan pada sidang media Hari Alam Sekitar MBKS yang diadakan hari ini. Foto: Amanda L

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) akan menganjurkan sambutan Hari Alam Sekitar 2025 pada 14 Jun 2025, dari 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari di Dewan Masyarakat MBKS, dengan mengetengahkan tema Trash to Hope sebagai simbol perubahan minda dalam pengurusan sisa dan usaha memperkukuh kelestarian bandar raya.

Datuk Bandar MBKS, Dato Wee Hong Seng berkata tema berkenaan bukan sekadar slogan malah membawa makna mendalam mengenai potensi sisa buangan untuk diubah menjadi sumber yang memberi nilai kepada komuniti.

“Trash to Hope mencerminkan aspirasi kolektif kita. Kita berharap masyarakat dapat menukar perspektif daripada melihat sisa sebagai beban kepada peluang mencipta sesuatu yang berguna, bertanggungjawab dan mampan,” katanya dalam sidang media Hari Alam Sekitar MBKS yang diadakan hari ini.

Antara pengisian utama sambutan tersebut ialah Program Bank Sampah MBKS yang melibatkan kutipan e-sisa, minyak masak terpakai serta program beli balik barangan kitar semula.

Beliau menjelaskan, inisiatif tersebut merupakan satu pendekatan praktikal ke arah membentuk komuniti yang lebih prihatin terhadap alam sekitar.

“Program ini bukan sahaja mendidik masyarakat tentang pelupusan sisa secara bertanggungjawab, malah menyediakan saluran sistematik untuk mereka menyumbang kepada kebersihan bandar,” ujarnya.

Dalam masa yang sama, acara turut diserikan dengan penganjuran Kuching Natural Farmers’ Market yang akan berlangsung di sayap lama Dewan Masyarakat MBKS. 

Sebanyak 31 gerai akan menyertai pasar tersebut menawarkan hasil tani segar, produk buatan tangan berasaskan bahan semula jadi serta barangan mesra alam daripada usahawan tempatan.

“Pasar ini bukan sekadar tempat membeli-belah. Ia merupakan ruang untuk mendidik masyarakat tentang kepentingan menyokong ekonomi tempatan dan mengamalkan gaya hidup lebih lestari,” katanya lagi.

Selain itu, MBKS turut menyelaras satu kempen sumbangan makanan melalui kerjasama dengan Kuching Food Aid, yang bertujuan membantu golongan kurang bernasib baik di sekitar bandar raya ini.

Orang ramai digalakkan menyumbang barangan makanan tidak mudah rosak serta keperluan asas lain sebagai tanda solidariti dan keprihatinan.

“Kita tidak hanya bercakap soal harapan tetapi turut berusaha membawa harapan itu kepada mereka yang benar-benar memerlukan,” tegasnya.

Salah satu tarikan utama program kali ini ialah pertandingan fesyen kitar semula kreatif, Eco Glam Fashion Face-Off, yang menampilkan penyertaan kanak-kanak dalam dua kategori umur iaitu empat hingga enam tahun dan tujuh hingga 12 tahun.

Peserta akan memperagakan busana yang dihasilkan daripada bahan terpakai secara kreatif.

Pemenang pertandingan akan menerima hadiah wang tunai mengikut dua kategori umur, iaitu RM300 untuk tempat pertama, RM200 untuk tempat kedua, RM100 untuk tempat ketiga, serta RM50 dan sijil bagi lima pemenang saguhati dalam setiap kategori.

Wee turut mempelawa orang awam agar hadir dan memberikan sokongan kepada pelbagai aktiviti yang telah dirancang sepanjang program tersebut.

“Sambutan ini bukan sekadar acara tahunan tetapi satu platform untuk kita bersama-sama bergerak ke arah bandar raya yang lebih hijau, sihat dan berdaya tahan.

“Setiap tindakan kecil yang kita ambil hari ini mampu membawa perubahan besar pada masa depan,” tambah beliau.

Oleh Amanda L.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Karnival Gawai Tradisi 2025 meriah dengan sukan rakyat
Next: Jambatan Tanjung Pisang siap sepenuhnya, mudahkan akses penduduk

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.