BEIJING: China semalam mengecam tindakan Amerika Syarikat (AS) kerana melakukan konfrantasi dan provokasi secara membuta tuli selepas kedua-dua negara saling membalas dendam dengan mengarahkan penutupan konsulat.
Pada masa sama, Menteri Luar China, Wang Yi menggesa AS berkomunikasi secara rasional bagi memperbaiki hubungan dua hala.
Beliau berkata demikian dalam perbualan dengan rakan sejawatnya dari Perancis,
Jean-Yves Le Drian, termasuk kekhuatiran hubungan China-AS akan terjerumus dalam konfrantasi yang tidak berkesudahan.
Menurut transkrip perbualan yang disiarkan Kementerian Luar China, Wang turut menggesa masyarakat antarabangsa supaya menentang sebarang usaha mana-mana negara untuk memperluaskan penguasaan secara tunggal.
Hubungan China-AS semakin merosot sejak beberapa minggu kebelakangan terutama selepas China menutup Kedutaan AS di Chengdu sebagai balasan kerana AS konsulat China di Houston.
Wang menegaskan, perpecahan dan provokasi melulu oleh AS adalah perbuatan ketinggalan zaman kerana pada hakikatnya, AS dan China banyak berkongsi kepentingan bersama.
Justeru, beliau menggesa kedua-dua pihak berkomunikasi secara rasional dan jangan sekali-kali membiarkan beberapa elemen anti China menjejaskan hubungan dua hala yang sudah kukuh terjalin berdekad lamanya. – AFP