KUALA LUMPUR: Subsidiari perniagaan kepada perniagaan Axiata Group Bhd, Axiata Enterprise telah mengadakan kerjasama strategik dengan Telefónica dari Madrid, menjadi kumpulan itu sebagai satu-satunya rakan perkongsian Asia di bawah Program Rakan Telefónica.
Kedua-dua syarikat itu dalam satu kenyataan bersama memberitahu, mereka telah memeterai satu perjanjian hari ini untuk bekerjasama dan mendapat manfaat daripada gabungan kepakaran serta kehadiran mereka dalam sesebuah pasaran.
Perjanjian tersebut akan memanfaatkan pengaruh kedua-dua syarikat di Asia, Eropah dan Amerika Latin termasuk peningkatan permintaan mereka di rantau berkenaan.
Tumpuan akan diberikan ke atas jualan terhadap syarikat-syarikat multinasional keselamatan siber, teknologi awan, Internet of things (IoT)/perkhidmatan data besar dan kerjasama dalam projek strategik.
Perjanjian itu menerima sokongan daripada Program Rakan Telefónica, sebuah inisiatif yang dilancarkan pada 2011 dan sebahagian daripada Telefónica Tech, yang merangkumi pengendali telekomunikasi terkemuka lain yang membabitkan sejumlah 65 pasaran di Eropah, Amerika Latin, Timur Tengah serta Afrika.- Bernama