Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Pengurus Man City, Guardiola nyatakan solidariti bersama kanak-kanak Gaza
  • GLOBAL

Pengurus Man City, Guardiola nyatakan solidariti bersama kanak-kanak Gaza

Utusan Sarawak 3 days ago
Pengurus Manchester City Pep Guardiola

ISTANBUL: Pengurus Manchester City Pep Guardiola menyatakan solidariti bersama kanak-kanak Gaza pada Isnin, meluahkan kebimbangan mendalam terhadap serangan genosid Israel di wilayah itu yang meragut lebih 54,000 nyawa sejak Oktober 2023 dan menjadikan wilayah itu tidak lagi layak didiami.

Guardiola menerima ijazah kehormat dari Universiti Manchester dalam satu majlis, sebagai pengiktirafan terhadap sumbangannya kepada bandar raya itu, baik di dalam mahupun di luar padang.

Menurut Anadolu Ajansi (AA), dalam ucapan penerimaannya, Guardiola berkata amat menyakitkan untuk menyaksikan apa yang berlaku di Gaza dan bahawa ia menyakiti seluruh tubuhnya. 

Beliau menegaskan bahawa isu ini bukan mengenai ideologi.

“Ini bukan tentang saya betul, awak salah. Tolonglah. Ia tentang cinta terhadap kehidupan, tentang menjaga jiran kita. Mungkin kita fikir melihat kanak-kanak berusia empat tahun dibunuh oleh bom atau mati di hospital, kerana ia bukan lagi hospital, ia bukan urusan kita,” katanya.

Pengurus berusia 54 tahun itu menegaskan, setiap pagi sejak mimpi ngeri di Gaza bermula, dia melihat anak-anaknya sendiri apabila bangun tidur, menggambarkan beban emosi akibat penderitaan kanak-kanak kecil di sana.

“Kita boleh fikir mengenainya. Ia bukan urusan kita. Tapi berhati-hatilah. Yang seterusnya mungkin anak kita. Kanak-kanak berusia empat atau lima tahun itu nanti mungkin anak kita. Maaf, tapi saya lihat anak-anak saya setiap pagi sejak mimpi ngeri di Gaza bermula. 

“Saya sangat takut. Mungkin imej ini terasa jauh dari tempat kita tinggal sekarang. Anda mungkin tertanya-tanya apa yang boleh kita lakukan,” kata pengurus dari Sepanyol itu.

Di bawah pimpinan Guardiola, Manchester City menjadi kelab pertama memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris empat kali berturut-turut dan pasukan pertama yang mencapai 100 mata dalam satu musim Liga Perdana.

Beliau memimpin City meraih 18 trofi utama dalam lapan musim penuhnya, termasuk enam kejuaraan Liga Perdana, satu kejuaraan UEFA Champions League dan satu treble bersejarah pada musim 2022-2023.– BERNAMA-ANADOLU

Continue Reading

Previous: Senator Colombia Uribe kritikal selepas ditembak
Next: ChatGPT alami gangguan global dengan perkhidmatan terganggu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.