Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kampung Punang bakal berubah wajah dengan pembangunan strategik
  • Utara
  • WILAYAH

Kampung Punang bakal berubah wajah dengan pembangunan strategik

Utusan Sarawak 7 hours ago
GENERASI PEWARIS…Awang Tengah Ali Hasan bersalaman dengan barisan kanak-kanak dan belia Kampung Punang.

LAWAS: Kampung Punang bakal berubah wajah menerusi pembangunan strategik yang melibatkan sektor perindustrian dan pelancongan dengan tumpuan untuk meningkatkan taraf ekonomi penduduk setempat.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, pembangunan ini akan dilaksanakan melalui agensi-agensi kerajaan termasuk RECODA, dengan pelaksanaan pelan induk menyeluruh yang memberi impak positif kepada rakyat.

Menurut beliau, pembangunan kawasan pesisir akan melibatkan laluan Jalan Raya Pesisir Borneo yang dizonkan mengikut kategori seperti zon perindustrian, pelancongan dan zon ekonomi setempat.

“Kita akan bangunkan kawasan perindustrian di Pulau Sari dan jeti sebagai kemudahan pelabuhan laut dalam, kedua-duanya akan dimulakan tahun ini,” katanya semasa Majlis Ibadah Korban dan lawatan kerja ke Masjid Terapung Kampung Punang, semalam.

Tambah beliau, pelan induk yang sedang diluluskan turut merangkumi pelan tempatan yang menetapkan pembangunan sepanjang kawasan tersebut, termasuk taman perindustrian menuju ke Pulau Sari bagi menarik pelabur tempatan dan luar negara.

“Kita juga merancang pembangunan kawasan pelancongan seperti padang golf dan resort, yang akan dizonkan khas. Pihak swasta akan digalakkan untuk turut serta, dengan syarat infrastruktur asas disediakan terlebih dahulu,” ujarnya.

Awang Tengah turut berharap penduduk Kampung Punang dapat merebut peluang pembangunan yang akan diwujudkan serta memastikan generasi muda dilengkapi ilmu dan kemahiran agar mereka dapat menyertai arus kemajuan yang dirancang.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Semangat korban bentuk disiplin diri – Awang Tengah
Next: Ibadah korban simbol pengorbanan, semangat persaudaraan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.