Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Azman Eline juara Iftitah Grand Prix Siri Dua
  • Tengah
  • WILAYAH

Azman Eline juara Iftitah Grand Prix Siri Dua

Utusan Sarawak 1 day ago
TAHNIAH…  Ir. Yusuf Abd Wahab menyerahkan replika hadiah kepada Azman Eline (kanan) sambil disaksikan oleh Ibnee Ekni (dua kanan). Foto Iftitah Resort & Restaurant 

TANJUNG MANIS: Azman Eline dari Kampung Jerijeh Baru dinobatkan sebagai juara Pertandingan Memancing Pantai Iftitah Grand Prix Siri Dua selepas berjaya menaikkan seekor ikan pari seberat 18.05 kilogram (kg), petang semalam. 

Selaku juara, Azman berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM10,000. Naib juara dimenangi oleh Bujang Bernard dari Sibu yang turut mendaratkan seekor ikan pari seberat 13.82 kg dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM3,000. 

Tempat ketiga pula dimenangi oleh Ahmad Farizwan Suaidi dari Kampung Jerijeh Baru yang berjaya memancing ikan pari seberat 8.58 kg dan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM1,000. 

Sementara itu, 12 pemenang sagu hati turut membawa pulang hadiah berupa peralatan memancing.  Antara ikan yang turut berjaya dipancing oleh peserta ialah ikan senangin, ikan kipas dan ikan tukak. 

Pertandingan memancing tersebut berjaya menarik minat seramai 295 peserta dari pelbagai kawasan.  Hadir untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah Ahli Parlimen Tanjong Manis, Ir. Yusuf Abd Wahab. 

Dalam ucapannya, beliau menzahirkan penghargaan kepada pihak penganjur iaitu Iftitah Resort & Restaurant atas usaha menganjurkan aktiviti riadah yang bukan sahaja dapat memupuk semangat kekeluargaan dan perpaduan komuniti, tetapi juga berjaya mempromosi gaya hidup sihat. 

Katanya, ia turut mempromosi keindahan semula jadi Pantai Belawai sebagai destinasi pelancongan tempatan. 

Yusuf juga menegaskan bahawa kemajuan infrastruktur, khususnya jaringan jalan raya serta jambatan yang semakin baik di kawasan Parlimen Tanjong Manis, mampu menjadi pemangkin kepada rangsangan ekonomi setempat dan membuka lebih banyak peluang kepada penduduk tempatan dalam pelbagai sektor. 

Turut hadir, Pengerusi Penganjur, Ibnee Ekni. 

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Nancy santuni pesakit terlantar di Kampung Stunggang Melayu
Next: Ular sembunyi bawah sofa berjaya ditangkap

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.