Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Lori balak terbabas, pemandu rentung di Samarakan
  • KEBAKARAN
  • KEMALANGAN

Lori balak terbabas, pemandu rentung di Samarakan

Utusan Sarawak 16 hours ago
RENTUNG…Pemandu lori balak ditemui rentung setelah kenderaan dipandunya terbabas sebelum terbakar dalam kejadian di berhampiran simpang masuk dekat Samarakan, di Bintulu  hari ini. Foto JBPM

BINTULU: Pemandu lori membawa muatan kayu balak rentung setelah kenderaan dipandunya terbabas dan terbakar di laluan berhampiran simpang masuk dekat Samarakan, di sini hari ini.

Mangsa dikenali sebagai Kanang Inggai, berusia lingkungan 57 tahun tersepit di bahagian kepala lori sebelum ditemui dalam keadaan rentung oleh sepasukan bomba.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.56 tengah hari dan sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu digerakkan lokasi kejadian yang terletak kira-kira 69 kilometer dari balai berkenaan.

RENTUNG…Pemandu lori balak ditemui rentung setelah kenderaan dipandunya terbabas sebelum terbakar dalam kejadian di berhampiran simpang masuk dekat Samarakan, di Bintulu  hari ini. Foto JBPM

Katanya, tiada akses untuk jentera bomba masuk memandangkan jalan tersebut adalah jalan balak.

“Pasukan Keluar Operasi (PKO) terpaksa  menggunakan kenderaan syarikat untuk membawa peralatan ke lokasi.

“Setibanya di tempat kejadian dan PKO mendapati benar berlakunya kemalangan kendiri yang melibatkan sebuah lori dengan muatan kayu balak dan telah terbakar 100 peratus  di bahagian kepala lori tersebut.

“Kebakaran telah berjaya dipadamkan sepenuhnya oleh pekerja syarikat menggunakan dua alat pemadam api.

“Terdapat seorang mangsa terperangkap dan dijumpai dalam keadaan rentung,” katanya dalam satu kenyataan petang tadi.

Menurutnya, pasukan bomba kemudian menjalankan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan kayu bagi mengumpil besi pada bahagian kepala lori.

“Mangsa berjaya dikeluarkan pada 2.49 petang dalam keadaan rentung sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Operasi ditamatkan pada 4.26 petang. Oleh Liong Chai Ling

Tags: Kemalangan & Kebakaran

Continue Reading

Previous: Kereta musnah terbakar dalam kemalangan kendiri di Taman Tunku

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.