Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 40 orang keracunan makanan di Iraq
  • GLOBAL

40 orang keracunan makanan di Iraq

Utusan Sarawak 16 hours ago
GAMBAR hiasan.

BAGHDAD: Sekurang-kurangnya 40 orang dimasukkan ke hospital akibat disyaki mengalami keracunan makanan di bandar Fallujah, Iraq. 

Kejadian itu mendorong pihak berkuasa menutup sebuah restoran makanan segera tempatan, lapor Xinhua memetik pegawai kesihatan pada Sabtu.

Direktorat Kesihatan wilayah Anbar berkata, mangsa dipercayai memakan daging tercemar yang dihidangkan di restoran berkenaan. 

Amaran turut dikeluarkan bahawa jumlah kes mungkin meningkat susulan lebih ramai yang mendapatkan rawatan.

Pihak berkuasa merampas bahan makanan daripada premis itu untuk ujian makmal dan siasatan dijalankan bersama pasukan keselamatan tempatan.

“Jika keputusan ujian mengesahkan kelalaian atau pelanggaran peraturan kesihatan, tindakan undang-undang akan diambil terhadap premis berkenaan,” menurut kenyataan itu.

Kejadian berlaku ketika umat Islam menyambut Aidiladha, antara perayaan terbesar yang diraikan di Iraq dan seluruh dunia Islam. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Angka korban di Gaza hampiri 54,800, serangan Israel berterusan semasa Aidiladha
Next: Senator Colombia Uribe kritikal selepas ditembak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.