Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Kereta musnah terbakar dalam kemalangan kendiri di Taman Tunku
  • KEBAKARAN

Kereta musnah terbakar dalam kemalangan kendiri di Taman Tunku

Utusan Sarawak 23 hours ago
MUSNAH…Pasukan Bomba memadamkan kebakaran sebuah kereta di Taman Tunku di Miri, awal pagi tadi. 

MIRI: Sebuah kereta musnah terbakar dalam satu kemalangan kendiri di Taman Tunku di sini, awal pagi tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Bomba, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu sekitar 2.03 pagi.

Katanya, sepasukan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri Sentral digerakkan ke lokasi.

“Kebakaran melibatkan sebuah kereta yang terbakar seratus peratus dipercayai akibat kemalangan kendiri.

“Pemandu kenderaan tersebut telah dibawa oleh ambulans sebelum ketibaan pihak bomba di lokasi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, pasukan bomba bertindak memadamkan kebakaran itu  menggunakan satu aliran salur bantu dengan sumber air dari tangki jentera.

Punca kejadian masih dalam siasatan pihak forensik bomba.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Hos tong gas terbakar, pemilik rumah bertindak cekap padamkan api
Next: Lori balak terbabas, pemandu rentung di Samarakan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.