Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Empat ahli BTS tamat khidmat ketenteraan wajib minggu depan
  • HIBURAN

Empat ahli BTS tamat khidmat ketenteraan wajib minggu depan

Utusan Sarawak 16 hours ago
EMPAT ahli kumpulan K-pop popular BTS — RM, V, Jimin dan Jungkook akan menamatkan perkhidmatan ketenteraan wajib mereka minggu depan, menurut agensi BigHit Music.

SEOUL: Empat ahli kumpulan K-pop popular BTS — RM, V, Jimin dan Jungkook akan menamatkan perkhidmatan ketenteraan wajib mereka minggu depan, menurut agensi BigHit Music.

RM dan V dijadualkan menamatkan perkhidmatan pada Selasa, manakala Jimin dan Jungkook pada Rabu, lapor agensi berita Yonhap yang memetik kenyataan BigHit Music.

Bagi menjaga keselamatan, tiada acara umum akan diadakan untuk menyambut kepulangan mereka. 

Agensi itu turut menasihati para peminat supaya tidak mengunjungi lokasi ketenteraan tempat ahli-ahli BTS akan dilepaskan.

“Kami memohon agar para peminat menyampaikan ucapan selamat kembali dan sokongan mereka kepada RM, Jimin, V dan Jungkook,” kata BigHit Music.

Dalam kumpulan itu, Jin dan J-Hope telah pun menamatkan khidmat ketenteraan masing-masing.

Suga, yang berkhidmat di bawah program perkhidmatan sosial Korea Selatan, dijangka tamat pada 21 Jun ini.

Di bawah undang-undang Korea Selatan, semua lelaki yang sihat tubuh badan diwajibkan menjalani khidmat ketenteraan selama 18 hingga 21 bulan.

-Bernama-Yonhap

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Nuansa Seni Edisi Ke-6:

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.