Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Petronas laksana semakan menyeluruh operasi untuk kekal berdaya saing
  • SEMASA

Petronas laksana semakan menyeluruh operasi untuk kekal berdaya saing

Utusan Sarawak 1 day ago
GAMBAR hiasan.

KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menegaskan bahawa syarikat itu sedang menjalankan semakan menyeluruh terhadap operasi termasuk aset, proses, perbelanjaan dan tenaga kerja bagi memastikan ia kekal berdaya saing dan bersedia mendepani masa depan.

Syarikat minyak negara itu berkata penilaian tenaga kerja secara menyeluruh daripada peringkat tertinggi sehingga ke seluruh perusahaan adalah bertujuan menyelaraskan hala tuju jangka panjang organisasi bagi menghasilkan nilai yang lebih besar.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Petronas Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz berkata Petronas mengakui proses ini mungkin menyebabkan penyelarasan tenaga kerja yang mencabar tetapi perlu dilaksanakan, dengan anggaran pengurangan 10 peratus daripada jumlah keseluruhan tenaga kerja.

Beliau berkata kumpulan itu sedang berusaha untuk menyelesaikan proses pemberitahuan kepada kakitangan yang terjejas secara berperingkat sehingga akhir tahun ini dan kekal komited sepenuhnya untuk menguruskan proses berkenaan dengan telus, prihatin dan menghormati semua pekerja yang terlibat.

“Semakan menyeluruh terhadap aset, proses, perbelanjaan dan tenaga kerja ini merupakan perubahan asas yang kritikal bagi Petronas untuk bersaing dan memacu pertumbuhan masa depan dalam keadaan pasaran yang semakin mencabar,” kata Tengku Muhammad Taufik dalam kenyataan hari ini.

Bagi memudahkan langkah berkenaan, Petronas akan membekukan aktiviti pengambilan pekerja secara umum sehingga Disember 2026 melainkan bagi jawatan kritikal dalam perniagaan tertentu yang akan dinilai mengikut keperluan.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Aidiladha suram buat mangsa letupan gas Putra Height
Next: MCMC perjelas isu pengumpulan data telefon bimbit, privasi dilindungi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.