Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Laluan BAS.MY Kuching Saujana-SMK Agama Matang 2 mula beroperasi
  • TEMPATAN

Laluan BAS.MY Kuching Saujana-SMK Agama Matang 2 mula beroperasi

Utusan Sarawak 1 day ago
TINJAUAN operasi oleh Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak, Michael Kong Feng Nian bersama Pengarahnya, Cornelia Wong Chui, bermula dari perhentian bas Kolej Vokasional Matang. Foto LPKP Sarawak

KUCHING: Perkhidmatan laluan kelapan BAS.MY Kuching, Q05M Saujana-SMK Agama Matang 2, mula beroperasi hari ini melibatkan enam buah bas baharu mesra Orang Kurang Upaya (OKU).

Tinjauan operasi laluan tersebut petang tadi disempurnakan oleh Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak, Encik Michael Kong Feng Nian bersama Pengarahnya, Puan Cornelia Wong Chui, bermula dari perhentian bas Kolej Vokasional Matang.

Laluan sejauh 25.8 kilometer itu mempunyai sebanyak 36 perhentian, bermula dari Stesen Bas Saujana sehingga ke SMK Agama Matang 2.

Perkhidmatan ini beroperasi dari 5.30 pagi hingga 7.30 malam pada Isnin hingga Jumaat dengan kekerapan setiap satu jam dan setiap 30 minit pada waktu puncak, manakala pada hujung minggu ia bermula dari 6.00 pagi hingga 8.00 malam.

Jadual perjalanan boleh dirujuk menerusi Facebook rasmi LPKP Sarawak dan BAS.MY Kuching.

Kadar tambang pula bermula dari RM0.90 hingga RM3.30 bergantung kepada jarak perjalanan. Pembayaran boleh dibuat menggunakan kad debit, kad kredit, e-wallet dan wang tunai.

BAS.MY Kuching turut menawarkan tambang percuma kepada golongan OKU, warga emas berumur 60 tahun ke atas, pelajar sekolah dan mahasiswa tempatan melalui penggunaan Kad Konsesi BAS.MY yang boleh diperoleh daripada pengendali laluan.

Selain itu, orang awam digalakkan untuk mendapatkan pas 30 hari pada harga RM50 bagi penggunaan tanpa had di semua laluan BAS.MY Kuching selama sebulan.

Setakat ini, lapan laluan BAS.MY Kuching telah beroperasi sejak diperkenalkan pada 5 Mac lalu.

Orang ramai digesa untuk memanfaatkan perkhidmatan bas yang disediakan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) ini sebagai langkah mengurangkan kesesakan lalu lintas di pusat bandar raya Kuching.

Oleh Norman B.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Dr Rundi desak undang-undang khas kawal jual beli logam kitar semula
Next: Perpaduan, Pendidikan, budaya kekitaan teras pembangunan Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.