Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Violet Yong desak tindakan segera bantu gelandangan di Kenyalang
  • TEMPATAN

Violet Yong desak tindakan segera bantu gelandangan di Kenyalang

Utusan Sarawak 1 day ago
WANITA gelandangan yang tidur lebih sebulan di luar Pasaraya Everwin di Kenyalang.

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pending, Violet Yong, menggesa Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak untuk segera mengambil tindakan terhadap kes seorang wanita gelandangan yang telah lebih sebulan berada di luar Pasaraya Everwin di Kenyalang.

“Kes ini telah menimbulkan kebimbangan awam yang ketara.

“Apabila Pasukan Perkhidmatan DAP Kuching menerima aduan pada awal Mei, kami segera memaklumkan perkara ini kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak melalui saluran yang betul.

“Namun, sehingga kini tiada penyelesaian dicapai,” katanya.

Yong memaklumkan bahawa walaupun pegawai kebajikan pernah berurusan dengan wanita tersebut selepas menerima laporan, usaha mereka terhenti apabila gagal menghubungi ahli keluarganya.

“Kegagalan menghubungi keluarga tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk tidak bertindak.

“Adalah sangat tidak bertanggungjawab bagi pihak jabatan meninggalkan individu yang terdedah tanpa sebarang sokongan, hingga memaksanya terus hidup dalam keadaan tertekan di jalanan,” tegasnya.

Yong turut memaklumkan bahawa isu berkenaan telah dibawa secara langsung kepada Menteri Kebajikan, Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Masyarakat, Dato Sri Fatimah Abdullah, dalam sidang Dewan Undangan Negeri pada 28 Mei lalu, dan merayu agar campur tangan segera dilakukan.

Menurut Yong, satu laporan polis turut difailkan oleh Pasukan Perkhidmatan DAP Kuching bagi menekankan keadaan mendesak wanita tersebut.

Namun, beliau meluahkan rasa kecewa kerana tiada tindakan konkrit diambil oleh mana-mana pihak berkuasa setakat ini.

“Berdasarkan maklum balas orang awam, wanita itu masih dilihat berada di sekitar kawasan pasar raya berkenaan.

“Ini bukan sahaja membangkitkan kebimbangan terhadap kebajikan dirinya, tetapi turut menjejaskan kebersihan dan imej kawasan tersebut,” tambahnya.

Yong memberi jaminan bahawa akan terus mendesak pihak berkuasa untuk campur tangan sehingga bantuan yang sewajarnya diberikan.

Oleh Connie Chieng

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Jambatan kedua Sungai Limbang dijangka siap penghujung tahun ini
Next: Tun Wan Junaidi tunaikan Solat Jumaat di Masjid Darul Hana

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.