Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Terbuka Indonesia: Tang Jie-Ee-Wei melangkah ke separuh akhir, Soon Huat-Shevon tersingkir
  • SUKAN

Terbuka Indonesia: Tang Jie-Ee-Wei melangkah ke separuh akhir, Soon Huat-Shevon tersingkir

Utusan Sarawak 2 weeks ago
BEREGU campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei membuktikan kemampuan selaku pilihan kedua apabila bangkit daripada ketinggalan di set pertama untuk menempah tiket ke separuh akhir Terbuka Indonesia 2025 di Jakarta hari ini. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR:  Beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei membuktikan kemampuan selaku pilihan kedua apabila bangkit daripada ketinggalan di set pertama untuk menempah tiket ke separuh akhir Terbuka Indonesia 2025 di Jakarta hari ini.

Pada aksi suku akhir kejohanan yang berlangsung di Istora Senayan, gandingan beregu negara itu mengambil masa 54 minit untuk menundukkan pasangan pilihan kelima dari Denmark Jesper Toft-Amalie Magelund, 17-21, 21-16, 21-14.

Kemenangan itu melayakkan mereka mara ke peringkat separuh akhir untuk berdepan pasangan pilihan keenam dari Thailand Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran yang menewaskan pasangan beregu negara Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie 21-16, 21-12.

Tang Jie berkata mereka banyak menumpukan kepada tempo permainan bagi menyaingi aksi pantas  pasangan Denmark itu dan kekal agresif pada sepanjang pertemuan sulung dengan Toft-Magelund.

“Gandingan saya juga memainkan peranan penting hari ini dan ia sangat membantu untuk kami meraih kemenangan,” katanya dalam rakaman audio yang dikongsi oleh Persekutuan Badminton Dunia kepada media.

Sementara itu, Shevon kecewa kerana gagal mengekalkan konsistensi dan melakukan beberapa kesilapan mudah sekali gus memberikan mata kepada pasangan Thailand yang berada di ranking keenam dunia itu.

Soon Huat turut mengakui mereka tewas kepada asakan dan sukar menandingi kepantasan serta intensiti permainan Dechapol-Supissara.– Bernama

Continue Reading

Previous: Aksi sulung kendalian Ancelotti, Brazil hanya seri
Next: Tze Yong akan jalani permbedahan lutut akibat kecederaan ACL

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.