Impian Indonesia ke Piala Dunia semakin menyala

Facebook
WhatsApp
Romeny meledak gol tunggal perlawanan antara Indonesia dan China.

JAKARTA: Impian China untuk mara buat kali kedua ke Piala Dunia berkecai apabila tewas 0-1 di tangan Indonesia yang dikendali Patrick Kluivert, malam tadi. 

Ole Romeny meledak satu-satunya gol dalam perlawanan berkenaan, sekali gus meletakkan China berada di kedudukan tercorot Kumpulan C Kelayakan Asia. 

Presiden China, Xi Jinping pernah berkata, yang beliau mahu China menjuarai Piala Dunia namun kekalahan itu bermakna mereka kini hanya pernah sekali melangkah ke kejohanan berprestij berkenaan iaitu pada 2002. 

Keputusan itu meletakkan Indonesia di tempat keempat yang diidamkan untuk kekal bernyawa dalam kelayakan ke kejohanan tahun depan di Amerika Utara.

Kira-kira 76,000 tiket terjual di Stadium Gelora Bung Karno yang nyata gegak gempita selepas Romeny menyempurnakan sepakan penalti.

Indonesia kini mempunyai 12 mata dengan baki satu perlawanan – dengan pasukan yang menduduki tempat ketiga dan keempat akan ke pusingan kelayakan seterusnya. – AFP

Isak wira Liverpool tewaskan Bournemouth

BOURNEMOUTH: Alexander Isak meneruskan rentak jaringannya untuk memastikan kepulangan Andoni Iraola ke Stadium Vitality berakhir dengan kejayaan apabila Liverpool menewaskan

Arsenal dibelasah Brighton, Spurs tewas lagi

LONDON, United Kingdom: Permulaan sempurna Arsenal dalam mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) berakhir selepas dibelasah 3-0 oleh Brighton pada

Isak wira Liverpool tewaskan Bournemouth

BOURNEMOUTH: Alexander Isak meneruskan rentak jaringannya untuk memastikan kepulangan Andoni Iraola ke Stadium Vitality berakhir dengan kejayaan apabila Liverpool menewaskan