Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Perlumbaan perahu naga semakin popular di serata dunia
  • GLOBAL

Perlumbaan perahu naga semakin popular di serata dunia

Utusan Sarawak 3 weeks ago
GAMBAR hiasan.

PARIS: ‘Karnival Perahu Naga’ sempena sambutan Pesta Perahu Naga semakin mendapat sambutan dengan penganjuran acara perlumbaan di pelbagai negara baru-baru ini.

Di Paris, perlumbaan perahu naga berlangsung di Sungai Seine pada 1 Jun lalu, melibatkan lebih sepuluh pasukan dari China serta beberapa negara Asia dan Eropah.

Ia merupakan tahun ketiga berturut-turut acara karnival perahu naga antarabangsa dianjurkan di ibu negara Perancis itu.

Selain Perancis, perlumbaan perahu naga dan pelbagai aktiviti pertukaran kebudayaan turut dianjurkan di negara seperti Serbia, Jerman, Argentina, Britain, Afrika Selatan, Peru, Poland, New Zealand dan lain-lain.

Aktiviti itu disertai oleh perantau China bersama komuniti tempatan yang turut serta dalam meraikan warisan budaya tradisional China.

Pesta Perahu Naga telah diiktiraf sebagai Warisan Budaya Tidak Ketara oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada 2009.

Ia merupakan perayaan tradisional China pertama yang mendapat pengiktirafan berkenaan.

Kini, sebagai khazanah budaya milik bersama, Pesta Perahu Naga terus mendapat tempat di hati masyarakat antarabangsa dan semakin popular dari tahun ke tahun. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Perdana Menteri Mongolia letak jawatan
Next: Seorang maut, puluhan cedera dalam gempa bumi di Turkiye

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.