Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Arsenal terbaik di Eropah? Carta UEFA menidakkannya, malah di belakang United
  • SUKAN

Arsenal terbaik di Eropah? Carta UEFA menidakkannya, malah di belakang United

Utusan Sarawak 4 days ago

Arteta mendakwa pasukannya adalah "yang terbaik di Eropah". - Foto AFP

LONDON: Peminat mentertawakan Arsenal selepas ranking UEFA meletakkan mereka di belakang Manchester United.

The Gunners gagal meraih sebarang trofi untuk musim ketiga berturut-turut, manakala Red Devils pula mencatatkan kempen paling buruk dalam sejarah moden kelab itu.

Selepas disingkirkan PSG yang akhirnya muncul juara Liga Juara-Juara (UCL), pengendali Arsenal, Mikel Arteta mendakwa pasukannya adalah “yang terbaik di Eropah”.

Namun, carta UEFA menidakkan kenyataan itu apabila meletakkan Arsenal di bawah United, walaupun kelab itu sedang bergelut.

Ranking itu mengambil kira prestasi kelab dalam saingan UCL, Liga Europa dan Liga Konferens sepanjang lima musim terakhir dan digunakan untuk penentuan kedudukan.

Arsenal kini di tangga ke-12 dengan 98 mata, manakala Manchester United di kedudukan ke-11 dengan 102.5 mata.

Kemaraan Arsenal ke separuh akhir UCL musim ini menyumbang 36 mata, namun kedudukan mereka terjejas akibat tidak beraksi di pentas Eropah pada musim 2020/21 dan tersingkir di pusingan 16 terbaik Liga Europa kepada Sporting Lisbon pada musim berikutnya.

Sebaliknya, United menunjukkan prestasi lebih konsisten sepanjang lima musim, walaupun sebahagiannya di Liga Europa.

Walaupun kemenangan di Liga Europa memberikan mata lebih rendah berbanding UCL, dua aksi sebagai naib juara dan satu suku akhir sudah cukup untuk mendahului Arsenal.

Penyokong turut menyindir Arsenal, dengan seorang menulis: “Macam mana kelab terbaik Eropah tak termasuk pun dalam kelompok 10 terbaik.”

Seorang lagi bergurau: “Chelsea masih di depan Arsenal walaupun dua musim tak main UCL.”

Seorang lagi menyindir: “Tak logik langsung. Kelab terbaik dunia Arsenal tak tersenarai. Mereka dok cakap sepanjang tahun yang mereka paling hebat. Trofi mana?”

Ranking terkini menyaksikan Real Madrid kekal di tangga teratas dengan 143.5 mata, diikuti Manchester City dengan 137.75 mata.

Kejayaan PSG menjuarai UCL musim ini menyumbang 33.5 mata, melonjakkan mereka ke tempat kelima.

Chelsea pula meraih 30 mata hasil kejuaraan Liga Konferens dan masih menikmati tambahan 33 mata daripada kejayaan menjuarai UCL di bawah Thomas Tuchel empat tahun lalu.

Di luar kelompok teratas Tottenham berada di kedudukan ke-27, West Ham ke-29 dan Aston Villa di tangga ke-46. – Agensi

Continue Reading

Previous: Petrovic cabar Muhammad Irfan pecah rekod lempar cakera Sukan SEA
Next: Sivasangari mara ke pusingan ketiga Terbuka British 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.