
SANTUBONG: Selepas menikmati makan tengah hari di Lim Hock Ann Seafood, Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, bersama isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi, berkesempatan singgah di Pusat Penjaja Kampung Buntal sebelum berangkat pulang.
Pelbagai jenis makanan tempatan yang lazat dan menggugah selera ditawarkan, termasuk makanan kering, kuih penyaram, pelbagai jenis cucur dan makanan bergoreng.
Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah turut membeli beberapa makanan kegemaran seperti ikan masin dan asam terung.
Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah mendoakan agar perusahaan di Kampung Buntal terus maju serta menjadi pemangkin kepada peningkatan taraf hidup penduduk setempat, sekali gus memperkukuh sektor pelancongan dan ekonomi komuniti nelayan tradisional di kawasan tersebut.