Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tun Wan Junaidi, Toh Puan Fauziah ziarah keluarga Almarhumah Hasanah Daud
  • TEMPATAN

Tun Wan Junaidi, Toh Puan Fauziah ziarah keluarga Almarhumah Hasanah Daud

Utusan Sarawak 4 days ago
ZIARAH…Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, dan isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi, telah menziarahi keluarga Almarhumah Hasanah Daud di Masjid Al-Hakim, Jalan Muda Hashim. Foto Facebook Astana Negeri Sarawak

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, dan isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi, telah menziarahi keluarga Almarhumah Hasanah Daud di Masjid Al-Hakim, Jalan Muda Hashim, 11.00 pagi.

Ketibaan Tun Wan Junaidi dan dan Toh Puan Fauziah disambut oleh anakanda, Dr. Noraini Alwi; Wan Habib Abdullah Wan Shakeran; Dr. Wan Ali Tuanku Madhi; bersama ahli keluarga yang lain.

Almarhumah merupakan isteri kepada Almarhum Alwi Shafiee dan bonda kepada Dr. Noraini Alwi. Almarhumah juga merupakan anakanda kepada ulama Sarawak, Tuan Guru Daud Abdul Ghani, pengarang kitab Pedoman Ibadat.

Tun Wan Junaidi sempat menunaikan solat jenazah yang diimamkan oleh Pegawai Agama dan Penyelidikan, Pejabat Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Alfadhil Ustaz Syed Mohd Rusydi Wan Yusup.

Turut hadir, Dato’ Sri Sharifah Mordiah Tuanku Pauzi, mantan Menteri Kabinet Sarawak dan ADUN Semariang.

Tun Wan Junaidi dan dan Toh Puan Fauziah mengucapkan takziah kepada keluarga arwah serta mendoakan ketabahan, kekuatan dan keredaan dalam menghadapi kesedihan.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Hope Place bantu Sediah Sta di Bandar Baru Semariang
Next: Tun Wan Junaidi, Toh Puan Fauziah singgah di Pusat Penjaja Kampung Buntal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.