Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Petrovic cabar Muhammad Irfan pecah rekod lempar cakera Sukan SEA
  • SUKAN

Petrovic cabar Muhammad Irfan pecah rekod lempar cakera Sukan SEA

Utusan Sarawak 4 days ago
ATLET Lempar Cakera Muhammad Irfan Shamsuddin bergambar bersama jurulatihnya Frank Petrovic selepas selamat tiba di tanah air bersama Pasukan olahraga negara yang menyertai Kejohanan Olahraga Asia ke-26 yang berlangsung di Gumi, Korea Selatan baru-baru ini. Foto BERNAMA

SEPANG: Selepas merangkul enam pingat emas di Sukan SEA, jaguh lempar cakera negara Muhammad Irfan Shamsuddin kini dicabar untuk memecahkan rekod kejohanan pada edisi akan datang di Thailand, Disember ini.

Jurulatihnya Frank Petrovic berkata sekarang masa paling sesuai untuk atlet berusia 30 tahun itu mencipta satu lagi pencapaian dalam kariernya selepas memperoleh pingat gangsa dengan lontaran sejauh 58.82 meter (m) pada Kejohanan Olahraga Asia 2025 di Gumi, Korea Selatan, Jumaat lepas.

“Kami ada dua matlamat utama (untuk Muhammad Irfan) tahun ini. Ini yang pertama (Kejohanan Olahraga Asia). Sekarang kami akan lalui musim pertandingan dan seterusnya kami perlu berada di tahap terbaik sekali lagi pada hujung tahun di Bangkok.

“Di sana, nampak mudah, tetapi masih ada rekod kejohanan yang perlu dipecahkan, bukan sekadar menang (merangkul pingat emas),” katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Terminal 1, di sini semalam.

Rekod lempar cakera Sukan SEA sejauh 59.50m dipegang bekas jaguh lempar cakera Singapura, James Wong Tuck Yim pada edisi Brunei 1999.

Rekod peribadi Muhammad Irfan ialah 62.55m, yang juga rekod kebangsaan, dicatatkan pada Kejohanan Olahraga Austria di Linz, Austria pada 2017, manakala rekod terbaik beliau musim ini ialah 60 meter, yang dicatatkan pada Kejohanan Olahraga Queensland di Australia, Mac lepas.

Muhammad Irfan memenangi pingat emas Sukan SEA pertamanya pada edisi 2013 di Naypyidaw, Myanmar iaitu setahun selepas Petrovic mula melatihnya, seterusnya meraih kejayaan pada edisi 2015 di Singapura, Kuala Lumpur (2017), Filipina (2019), Hanoi (2021) dan Phnom Penh (2023).

Petrovic berharap latihan intensif dijalani atlet kelahiran Negeri Sembilan itu sepanjang musim ini akan membuahkan kejayaan dalam pertandingan di Eropah.

“Musim pertandingan di Eropah baru sahaja bermula… ada banyak peluang untuk menunjukkan prestasi. Jadi, inilah masa terbaik untuk Irfan pergi ke Eropah, bertanding dan mencapai sasarannya,” kata jurulatih dari Slovakia itu.

Sukan SEA 2025 di Thailand dijadual berlangsung dari 9 hingga 20 Disember. – Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Skuasy Terbuka British: Eain Yow tersingkir di pusingan kedua
Next: Arsenal terbaik di Eropah? Carta UEFA menidakkannya, malah di belakang United

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.