Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Masa operasi sempadan Sarawak-Brunei dilanjutkan sempena musim perayaan ini
  • TEMPATAN

Masa operasi sempadan Sarawak-Brunei dilanjutkan sempena musim perayaan ini

Utusan Sarawak 6 days ago
BARISAN PANJANG…Deretan kenderaan mulai memenuhi pos Imigresen, Kastam dan Kuarantin Mengkalab memasuki daerah Lawas untuk cuti Gawai dan Irau Aco Lun Bawang bermula 1-4 Jun 2025 ini. Foto: Adeng Edrus 

LIMBANG: Masa operasi di Pos Kawalan Sempadan Imigresen Zon Utara Sarawak dan Brunei akan dilanjutkan sehingga 12.00 tengah malam bermula esok (1 Jun) hingga 4 Jun ini.


Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak melalui notis pemakluman hari ini berkata lanjutan masa sehingga 12.00 tengah malam itu melibatkan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Mengkalap Lawas, ICQS Pandaruan, ICQS Tedungan Limbang serta ICQS Sungai Tujoh Miri.


“Tujuan lanjutan ini bagi mengelak kesesakan di pintu masuk sempadan serta memudahkan pergerakan ulang alik merentas sempadan bagi rakyat Malaysia dan Brunei,” kata kenyataan itu lagi. 


Sebarang pertanyaan lanjut boleh dikemukakan melalui Sistem Pertanyaan Online (SPO) Jabatan Imigresen Malaysia melalui pautan https:eapp.imi.gov.my/tanya/create.

Oleh Adeng Edrus

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Keselamatan kediaman, jalan raya fokus sempena perayaan
Next: BSHA terima RM50,000 perkukuh budaya Bidayuh Biatah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.