Fiesta OohHaa Bola 2025: Lima hari penuh aksi bola sepak, hiburan

Facebook
WhatsApp
FIESTA OohHaa Bola 2025.

PETRA JAYA: Fiesta OohHaa Bola 2025, sebuah acara mega yang menggabungkan elemen bola sepak, hiburan, budaya dan komuniti, kini berlangsung dari 28 Mei hingga 1 Jun 2025 di Dataran Perayaan, Petra Jaya, berhadapan Stadium Sarawak di sini.

Berlangsung sempena Kejohanan Bola Sepak Belia Antarabangsa Sarawak (Sarawak International Youth Football Championship – SIYFC 2025), fiesta ini dijangka menarik ribuan pengunjung tempatan dan pelancong dari dalam dan luar negara.

BABY Shima.

Selama lima hari, pengunjung bakal disajikan dengan pelbagai aktiviti menarik, termasuk konsert mini secara langsung dan persembahan artis terkenal seperti Baby Shima, Haqiem Rusli dan Afieq Shazwan.

Turut diadakan persembahan busking dan pertunjukan bola sepak gaya bebas (freestyle), pameran kebudayaan dan persembahan seni tradisional serta karnival makanan tempatan dan antarabangsa serta aktiviti mesra keluarga.

Artis-artis tempatan seperti Razak A’ai, Claudia Geres, Sang Timur, Drasska, Retreo dan ramai lagi turut memeriahkan pentas Fiesta OohHaa Bola dengan persembahan istimewa sepanjang festival berlangsung.

Penganjuran Fiesta OohHaa Bola 2025 bukan sahaja bertujuan memeriahkan kalendar pelancongan dan sukan negeri, malah menjadi platform untuk menggalakkan perpaduan komuniti, memperkasakan belia serta meraikan semangat Gawai yang semakin hampir.

MimiFly ke Indonesia demi Bayan

KUALA LUMPUR: Demi menghidupkan watak Bayan dalam pementasan Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLTM), penyanyi MimiFly sanggup ke Indonesia bagi