RENATO Paratore memenangi British Masters dengan aksi meyakinkan ketika pemain dari Itali mencatat tiga pukulan mengatasi pemain remaja Denmark, Rasmus Hojgaard, awal pagi kelmarin.
Paratore berada di landasan tepat menjadi pemain pertama memenangi acara Jelajah Eropah tanpa melakukan sebarang bogey sejak Jesper Parnevik di 1995 Scandinavian Masters.
Persembahan menarik pemain berusia 23 tahun itu hadir pada penghujung lubang ke-63 buatnya pada minggu itu.
Namun pusing penutupnya pada 68 ketika keadaan benar-benar memberi ujian di Close House memadai untuk mengatasi Hojgaard.
Dalam salah satu daripada kejohanan pertama Jelajah Eropah selepas hampir lima bulan tidak aktif kerana Covid-19, rakan pemain Paratore membentuk barisan ‘tunduk hormat’ buatnya dengan mematuhi penjarakan sosial berhampiran green ke-18.
Malah dia dikejutkan dengan panggilan telefon menerusi FaceTime bersama ibunya, Cristina.
“Ia sangat menakjubkan,” kata Paratore.
“Saya tidak menjangkakan ia daripada rakan-rakan saya di jelajah dan ia situasi yang sangat baik.
“Saya menyukainya dan juga melihat ibu saya adalah kejutan yang sangat indah,” katanya.
Paratore, yang memenangi Nordea Masters pada 2017, memberitahu : “Perkara yang ini membuatkan saya rasa hebat. Saya sangat gembira.
“Saya tidak menjangkakan untuk kembali dan menang begitu cepat selepas perintah berkurung tetapi saya harus bekerja dengan gigih sejak tahun lalu,” ujarnya.