Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Amorim tersipu-sipu ‘alarm’ telefon ganggu sidang media United, ASEAN All-Stars
  • SUKAN

Amorim tersipu-sipu ‘alarm’ telefon ganggu sidang media United, ASEAN All-Stars

Utusan Sarawak 3 weeks ago
Amorim pada sidang media pramusim menentang ASEAN All-Stars di sebuah hotel, pada Selasa. Foto Bernama  

KUALA LUMPUR: Sidang media praperlawanan menjelang perlawanan Piala Cabaran Maybank antara Manchester United dan ASEAN All-Stars menjadi gamat seketika apabila ketua jurulatih kelab popular itu, Ruben Amorim mencuri tumpuan apabila “alarm” telefon bimbitnya berbunyi.

Insiden itu berlaku apabila telefon bimbit jurulatih berusia 40 tahun dari Portugal itu berbunyi semasa Presiden Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) Mejar Jeneral Khiev Sameth sedang bercakap dalam sesi media berkenaan.

Semua mata tertumpu kepada Amorim yang mengendalikan situasi itu sebelum sidang media diteruskan. 

Detik mencuit hati itu menyebabkan ramai tersenyum sekali gus menyuntik sediktit elemen lucu. 

Bercakap kepada pemberita selepas sidang media itu, Amorim berkata gangguan itu berpunca daripada penggera rumahnya.

“Saya mohon maaf … bila saya tiada di rumah, saya tetap memantau anak-anak saya,” katanya sambil tersipu-sipu.  

Pertemuan antara Manchester United dan ASEAN All-Stars dijadual berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil malam esok.

Kali terakhir pasukan Red Devils beraksi di Malaysia ketika jelajah pramusim 2009, menewaskan Malaysia XI sebanyak dua kali, masing-masing dengan jaringan 3-2 dan 2-0 pada 18 dan 20 Julai. — BERNAMA

Continue Reading

Previous: Lebih 1,000 peminat meriahkan sesi temu mesra bintang Manchester United
Next: Amorim anggap tiada aksi Eropah beri kelebihan buat United

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.