Polis sahkan insiden rempuhan di Liverpool tiada kaitan dengan keganasan

Facebook
WhatsApp
VAN polis diletakkan di sepanjang The Strand ketika ambulans dan kenderaan polis tiba di tempat kejadian di Water Street (belakang), di luar perarakan kemenangan bas terbuka untuk kemenangan Liga Perdana Liverpool, di Liverpool, barat laut England pada 26 Mei 2025. Foto AFP

LONDON: Polis United Kingdom (UK) pada Isnin mengesahkan bahawa insiden rempuhan di pusat bandar Liverpool disifatkan sebagai kejadian terpencil dan tidak mempunyai kaitan dengan keganasan.

Penolong Ketua Polis Merseyside, Jenny Sims menyifatkan kejadian itu sebagai ‘mengerikan’ dan menzahirkan simpati kepada semua mangsa yang cedera,lapor Anadolu Ajansi.

Kejadian berlaku di Water Street, tempat para penyokong berkumpul untuk meraikan kemenangan Liverpool FC dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

“Seorang lelaki berusia 53 tahun dipercayai memandu kenderaan terbabit,” kata Sims dalam satu sidang media, sambil memaklumkan bahawa siasatan berhubung punca kejadian masih dijalankan.

David Kitchin daripada Perkhidmatan Ambulans NHS Wilayah Barat Laut berkata, pasukan kecemasan “terkejut dan sedih” dengan apa yang berlaku.

Beliau mengesahkan bahawa 27 orang dibawa ke hospital di sekitar Liverpool, termasuk dua mangsa mengalami kecederaan serius termasuk seorang kanak-kanak.

Seorang anggota paramedik yang tiba di lokasi menaiki basikal turut dilanggar kenderaan berkenaan, namun tidak mengalami kecederaan serius.

Ketua Bomba, Nick Searle pula berkata, empat individu — tiga dewasa dan seorang kanak-kanak — tersepit di bawah kenderaan dan terpaksa diselamatkan sebelum diserahkan kepada pasukan perubatan.

Pemerhati menyatakan bahawa tindakan pantas pihak polis mengenal pasti suspek dilihat sebagai usaha untuk mengelak penyebaran maklumat palsu dan ketegangan awam. — Bernama-Anadolu

Isak wira Liverpool tewaskan Bournemouth

BOURNEMOUTH: Alexander Isak meneruskan rentak jaringannya untuk memastikan kepulangan Andoni Iraola ke Stadium Vitality berakhir dengan kejayaan apabila Liverpool menewaskan

Arsenal dibelasah Brighton, Spurs tewas lagi

LONDON, United Kingdom: Permulaan sempurna Arsenal dalam mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) berakhir selepas dibelasah 3-0 oleh Brighton pada