Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Keuntungan bersih Maybank pada RM2.59 bilion, dipacu perbankan korporat
  • BISNES

Keuntungan bersih Maybank pada RM2.59 bilion, dipacu perbankan korporat

Utusan Sarawak 3 days ago

KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih Malayan Banking Bhd (Maybank) telah meningkat kepada RM2.59 bilion pada suku pertama berakhir 31 Mac 2025 berbanding RM2.49 bilion yang dicatatkan pada tahun sebelum ini selepas dipacu oleh segmen perbankan korporat dan pasaran global.

Pendapatan bagi suku tahun yang ditinjau menyusut kepada RM16.87 bilion daripada RM18.35 bilion, katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Perolehan perbankan Islam serta hasil faedah bersih kumpulan bagi suku tahun yang ditinjau pula bertambah sebanyak RM42.2 juta atau 0.8 peratus kepada RM5.286.6 juta.

Perkhidmatan insurans/takaful kumpulan menokok sebanyak RM289.3 juta kepada RM471.4 juta berbanding suku pertama tahun kewangan 2024.

Maybank berkata pendapatan operasi lain kumpulan berada pada RM2.09 bilion, penurunan sebanyak RM768.5 juta atau 26.8 peratus daripada RM2.87 bilion sebelum ini disebabkan oleh kerugian yang tidak direalisasikan ke atas penilaian semula pelaburan kewangan melalui keuntungan atau kerugian (FVTPL) sebanyak RM765.6 juta berbanding keuntungan yang tidak direalisasikan berjumlah RM761.1 juta dalam tahun sebelumnya.

Kerugian ini juga didorong oleh kerugian yang tidak direalisasikan atas penilaian semula liabiliti kewangan FVTPL sebanyak RM374.6 juta berbanding RM995.5 juta sebelum ini dan pendapatan pelaburan yang lebih rendah sebanyak RM161.3 juta.

Penurunan ini telah diimbangi oleh keuntungan yang tidak direalisasikan ke atas penilaian semula derivatif sebanyak RM816.0 juta daripada RM1.14 bilion selain keuntungan pertukaran asing yang lebih tinggi sebanyak RM498.9 juta.

Kumpulan itu ketika mengulas mengenai prospek menjelaskan ia akan terus menggandakan penembusan pangkalan pelanggannya melalui fokus pada segmen, usaha jualan silang dan memanfaatkan perkongsian ekosistem secara serantau.

“Kami juga akan memberi tumpuan kepada bidang pertumbuhan berkaitan segmen pengurusan kekayaan, permodalan pasaran pertengahan, bukan runcit dan insurans bank sambil meneroka ke dalam aliran pasaran global,” katanya.

Maybank juga berusaha untuk mengekalkan kecairan yang baik, kualiti aset yang mantap dan tahap modal yang kukuh bagi menyokong pertumbuhan aset yang berdisiplin. 

“Ketidaktentuan disekitar perdagangan yang berpotensi, bagaimanapun, mungkin memberi kesan kepada pertumbuhan serta prestasi kumpulan, keadaan ini datang daripada pertumbuhan ekonomi yang agak perlahan, pendirian ‘tunggu dan lihat’ oleh pelabur termasuk aktiviti permodalan dan ketidakstabilan dalam pasaran kewangan,” katanya lagi.

Tiada dividen interim disyorkan untuk suku pertama tahun kewangan 2025.

— BERNAMA

Continue Reading

Previous: Petronas Gas catat untung bersih suku pertama lebih tinggi, umum dividen 16 sen
Next: Pasaran getah susut susulan kelemahan serantau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.