Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • SMK Kampung Nangka terima RM200,000 naik taraf padang sekolah
  • Tengah
  • WILAYAH

SMK Kampung Nangka terima RM200,000 naik taraf padang sekolah

Utusan Sarawak 4 days ago
PERASMIAN….. Datuk Michael Tiang Ming Tee merasmikan AGM ke-28 PIBG SMK Kampung Nangka, semalam.

SIBU: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Nangka menerima peruntukan tambahan sebanyak RM200,000 di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) untuk menaik taraf padang sekolah tersebut kepada padang konkrit.

Menurut Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Michael Tiang Ming Tee, dana itu merupakan tambahan daripada fasa pertama projek yang telah dilaksanakan tahun lalu dengan kos RM150,000.

“Usaha tersebut akan memberi manfaat kepada pelajar, khususnya kerana kawasan itu sering digunakan untuk perhimpunan sekolah,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-28 Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Kampung Nangka, semalam.

Tiang yang juga ADUN Pelawan turut menekankan pentingnya peranan PIBG sebagai penghubung antara sekolah dan ibu bapa dalam memperkukuh kerjasama demi kejayaan pelajar.

“Kejayaan sesebuah sekolah tidak hanya bergantung kepada guru dan murid, tetapi juga memerlukan penglibatan aktif ibu bapa serta komuniti,” katanya.

Beliau menyambut baik penganjuran AGM tersebut yang disifatkannya sebagai platform penting untuk berkongsi pandangan, mencetuskan idea dan mencari penyelesaian bersama.

“Semangat ‘Berbakti dan Menyumbang’ perlu terus disemai dalam kalangan semua pihak agar sistem pendidikan kita lebih inklusif dan progresif,” kata beliau.

Tiang turut menzahirkan penghargaan terhadap komitmen berterusan pihak sekolah dalam menganjurkan AGM setiap tahun, yang menurutnya mencerminkan keprihatinan terhadap pembangunan sahsiah dan kecemerlangan akademik pelajar.

Beliau menggesa semua pihak untuk terus menyemai semangat kerjasama, saling menyokong dan berkongsi idea bagi mewujudkan persekitaran pendidikan yang kondusif dan selamat demi masa depan generasi akan datang.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pasukan bomba Bintangor aktif laksana rondaan pemantauan
Next: 700 anak pokok ditanam di Hutan Simpan Sabal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.