Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Nani Saban dinobatkan Kumang Gawai Dayak Sibu 2025
  • Tengah
  • WILAYAH

Nani Saban dinobatkan Kumang Gawai Dayak Sibu 2025

Utusan Sarawak 1 day ago
TAHNIAH…Nani Saban yang duduk diapit Nelly Mujan Rogelio (kiri) dan Amenda Alannie Ambrose Luta (kanan) merakam kenangan bersama selepas mengungguli Pertandingan Kumang Gawai Dayak Sibu 2025, malam tadi.

SIBU: Nani Saban dari Sekuau telah dinobatkan sebagai Kumang Gawai Dayak Sibu 2025 pada Malam Mantar Gawai Dayak Sibu 2025 di sebuah hotel terkemuka di sini, malam tadi.

Dengan gelaran tersebut, beliau membawa pulang hadiah berupa wang tunai berjumlah RM4,000, mahkota, selempang, piala, hamper dan sijil penyertaan.

Gelaran ‘Lulong’ (naib johan) disandang Nelly Mujan Rogelio dari Sungai Asap, Belaga yang menerima RM3,000 berserta selempang, piala, hamper dan sijil penyertaan.

Amenda Alannie Ambrose Luta dari Pasai Siong meraih gelaran ‘Selinggar Matahari’ (tempat ketiga) sekali gus memenangi RM2,000 berserta selempang, piala, hamper dan sijil penyertaan.

Tujuh peserta lagi masing-masing membawa pulang RM800 dan sijil penyertaan sebagai hadiah sagu hati.

Hadiah-hadiah pemenang disampaikan Ahli Parlimen Sri Aman, Datuk Seri Doris Sophia Brodie.

Turut mengiringi ialah Pengerusi Sarakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) Sibu Angelyn Uchi Maseng.


Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Lebih 1,500 hadiri Pra-Gawai Dayak di Sibu, perkukuh perpaduan komuniti
Next: SIDS, SDNU Sibu bersedia anjur Niti Daun sempena Gawai Dayak di Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.