Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Zhen Bang-Ya Xin akui belum setanding gandingan legenda beregu campuran
  • SUKAN

Zhen Bang-Ya Xin akui belum setanding gandingan legenda beregu campuran

Utusan Sarawak 9 hours ago
MESKIPUN menduduki ranking nombor satu dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF), beregu campuran Jiang Zhen Bang dan Wei Ya Xin mengakui mereka masih belum mencapai tahap tertinggi seperti yang pernah dikecapi pasangan legenda China, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong. Foto fail

KUALA LUMPUR: Meskipun menduduki ranking nombor satu dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF), beregu campuran Jiang Zhen Bang dan Wei Ya Xin mengakui mereka masih belum mencapai tahap tertinggi seperti yang pernah dikecapi pasangan legenda China, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong.

Menurut Ya Xin, 25, mereka masih perlu bekerja keras untuk mendekati standard yang ditetapkan gandingan tiga kali juara dunia itu, yang juga pemenang pingat emas Sukan Olimpik Paris 2024 sebelum bersara selepas memenangi Jelajah Dunia BWF, Disember lepas.

“Si Wei dan Ya Qiong sememangnya mewakili tahap tertinggi beregu campuran. Rekod mereka sangat hebat dan kami sentiasa cuba mengejar mereka… sebenarnya masih ada jurang besar antara kami.

“Dari segi kematangan, kefahaman dan komunikasi, kelebihan mereka adalah sikap saling mempercayai yang lebih kuat apabila berdepan tekanan,” katanya kepada pemberita selepas melakar kemenangan sengit 15-21, 22-20, 21-19 ke atas rakan senegara, Cheng Xing-Zhang Chi dalam separuh akhir Kejohanan Badminton Masters Malaysia di Axiata Arena, Bukit Jalil, hari ini.

Ya Xin turut menyifatkan persaingan dalaman antara beregu campuran China sebagai positif dan membantu mereka saling belajar antara satu sama lain.

“Sebagai contoh, Huang Dong Ping (juara Olimpik Tokyo 2020) sering memberikan tunjuk ajar dan berkongsi pengalaman bersama kami. Kami mempunyai hubungan yang sihat dan saling membantu,” katanya.

Final esok bakal menyaksikan pertembungan sesama China apabila gandingan nombor satu dunia Zhen Bang-Ya Xin menentang pasangan nombor dua dunia, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping.

Bagaimanapun, rekod pertemuan tidak memihak kepada Zhen Bang-Ya Xin apabila tewas dalam sembilan daripada 11 perlawanan menentang Yan Zhe-Dong Ping, yang mara ke final selepas mudah menundukkan pasangan Taiwan, Ye Hong Wei-Nicole Gonzales Chan 21-10, 21-7 dalam satu lagi separuh akhir.– Bernama

Continue Reading

Previous: BAM buat aduan keputusan isu pengadil
Next: Wei Chong-Kai Wun ke final Masters Malaysia 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.