Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pesta Saratok 2025 tersenarai dalam Kalendar Pelancongan Negeri
  • TEMPATAN

Pesta Saratok 2025 tersenarai dalam Kalendar Pelancongan Negeri

Utusan Sarawak 13 hours ago
AHLI Dewan Negara, Senator Pele Peter Tinggom pada Program Pengagihan ‘Penganan’ kepada pesakit dan kakitangan di Hospital Saratok, dekat sini semalam. Foto: Uban Dana

SARATOK: Kejayaan penganjuran Pesta Saratok 2025 tersenarai dalam Kalendar Pelancongan Negeri Sarawak disifatkan sebagai langkah tepat untuk melonjakkan sektor pelancongan di Saratok.

Ahli Dewan Negara, Senator Pele Peter Tinggom berkata penyertaan Pesta Saratok dalam kalendar pelancongan negeri juga memberikan ruang dan peluang kepada pihak penganjur untuk merancang aktiviti berskala besar bagi menarik kehadiran pelancong yang lebih ramai.

“Keputusan meletakkan Pesta Saratok dalam Kalendar Pelancongan Negeri adalah langkah tepat untuk melonjakkan industri pelancongan di Sarawak dan Saratok khususnya,” katanya selepas Program Pengagihan ‘Penganan’ kepada pesakit dan kakitangan di Hospital Saratok, dekat sini semalam.

Tambahnya, keputusan itu akan memberi ruang lebih luas kepada pihak penganjur untuk mengatur pelbagai acara sampingan untuk dijadikan sebagai pengisian pesta tersebut kelak.

Jelasnya, perkara itu sekali gus akan dapat menarik kehadiran ramai pelancong berkunjung ke daerah itu sepanjang pesta berlangsung.

Regata Kalaka 2025 merupakan antara acara utama dalam Pesta Saratok tahun ini dan akan berlangsung di Tebingan Sungai Krian pada 11 hingga 13 Julai depan, dengan majlis penangguhan dijangka disempurnakan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Selain Regata Kalaka, tujuh lagi regata turut tersenarai dalam kalendar pelancongan negeri, termasuk Pesta Sebauh, Regata Belaga, Regata Baram, Pesta Besaug Dalat, Regata Telaga Air, Sarawak Regata di Tebingan Kuching dan Regata Lingga.

Oleh Adi Safarman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: 10 finalis Mrs Tasik Biru 2025 mara ke peringkat akhir, Shinia James menang Gaun Petang Terbaik
Next: Pendidikan percuma bukti keprihatinan GPS terhadap masa depan anak Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.