Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Rumah Terbuka Gawai 2025 Proton e.Mas Kuching-Ghee Hua meriah
  • TEMPATAN

Rumah Terbuka Gawai 2025 Proton e.Mas Kuching-Ghee Hua meriah

Utusan Sarawak 15 hours ago
MERIAH… Gambar kenangan ketika Rumah Terbuka Gawai 2025 di Proton e.Mas Kuching-Ghee Hua hari ini.

KUCHING: Sambutan Rumah Terbuka Gawai 2025 anjuran Proton e.Mas Kuching-Ghee Hua hari ini berlangsung meriah dengan kehadiran ramai pengunjung di pusat pameran, di sini.

Sambutan rumah terbuka ini turut menampilkan elemen budaya tempatan Sarawak, sejajar dengan semangat Gawai yang penuh warna-warni serta kaya dengan nilai tradisi.

Menurut Prinsipal Pengedar Proton e.Mas Kuching-Ghee Hua Ivory Law, beliau berbangga kerana dapat mengangkat budaya Sarawak dalam sambutan tersebut.

SEKITARmajlis Rumah Terbuka Gawai 2025 di Proton e.Mas Kuching-Ghee Hua, di sini, hari ini.

“Selain mempromosikan kereta e.Mas7 yang serba canggih dan mewah ini, kami juga mahu mengetengahkan keunikan budaya etnik Sarawak kepada para pengunjung. Ia adalah satu penghormatan untuk menyambut Hari Gawai bersama komuniti di sini,” katanya.

PROMOSI kereta e.Mas7 yang serba canggih.

Beliau turut mengucapkan Selamat Hari Gawai Dayak 2025 kepada seluruh warga Sarawak serta pelanggan setia Proton e.Mas Kuching-Ghee Hua, sambil melaungkan “Ohaaaaa!” dengan penuh semangat.

Acara ini bukan sahaja memberikan peluang kepada orang ramai untuk melihat dengan lebih dekat model terbaharu Proton e.Mas7 yang tampil dengan reka bentuk menawan dan elegan, malah para pengunjung turut berpeluang memandu uji kenderaan elektrik mewah tersebut yang dilengkapi pelbagai spesifikasi canggih dan teknologi terkini.

SEKITAR majlis Rumah Terbuka Gawai 2025 di Proton e.Mas Kuching-Ghee Hua hari ini.

Para pengunjung turut menyatakan rasa selesa dengan layanan mesra daripada kakitangan Proton e.Mas Kuching-Ghee Hua yang disifatkan sebagai ramah dan profesional.

Sambutan tersebut jelas mencerminkan keharmonian budaya dan teknologi dalam satu acara yang menyatukan komuniti tempatan dengan inovasi automotif terkini.

Antara pengisian acara termasuk tarian tradisional, persembahan alat muzik sape, cabutan bertuah serta pameran produk tempatan.

Oleh Norman B

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: PM Laos lawat Malaysia esok, erat kerjasama
Next: Tradisi Bak Chang kukuh perpaduan komuniti pelbagai kaum

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.