Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 15 suri rumah sertai KKJP di Marudi
  • Tengah
  • WILAYAH

15 suri rumah sertai KKJP di Marudi

Utusan Sarawak 15 hours ago
PESERTA Kursus Kemahiran Jangka Pendek anjuran Unit Pendidikan Kemahiran Kemas mengabadikan kenangan. Foto Jiku Juguong

MARUDI: Seramai 15 peserta dalam kalangan suri rumah telah menyertai Kursus Kemahiran Jangka Pendek (KKJP) Masakan Asas Hiasan Kek anjuran Unit Pendidikan Kemahiran, Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Marudi.

Pegawai Menguasa Jabatan Kerja Raya (JKR) Marudi, Norhayaty Rawi berkata, program seumpama ini bukan sahaja memberi pendedahan dalam bidang hiasan kek, malah menjadi platform kepada peserta untuk membina kemahiran baharu yang berpotensi menjana pendapatan sampingan.

TIMBA ILMU… Para peserta Kursus Kemahiran Jangka Pendek dikalangan suri rumah dari Rh Sator Kampung Lubong Nibong, Kampung Pemindahan dan Kampung Muhibbah Marudi. Foto Jiku Juguong

“Program ini bertujuan memupuk minat peserta dalam bidang perniagaan melalui kemahiran masakan, seterusnya membantu menambah pendapatan isi rumah,” katanya ketika berucap pada sesi penangguhan kursus tersebut di Dewan Terbuka Surau Nur Ihsan, Kampung Pemindahan Marudi, hari ini.

Beliau percaya sepanjang kursus selama tiga hari itu, para peserta telah memperoleh pelbagai ilmu dan teknik asas seperti penggunaan krim, teknik piping, serta seni menghias kek secara kreatif.

Katanya, ilmu yang diperoleh boleh dimanfaatkan sebaik mungkin, sama ada untuk kegunaan sendiri mahupun sebagai persediaan memulakan perniagaan kecil-kecilan pada masa hadapan.

Sementara itu, Pegawai Kemas Marudi, Therry Noel George Anyi menekankan bahawa beberapa Kursus Kemahiran Jangka Pendek (KKJP) telah dan akan dianjurkan oleh Jabatan Kemas sepanjang tahun ini.

Antaranya termasuk kursus KKJP dalam bidang masakan iaitu Asas Hiasan Kek, kursus KKJP bidang komputer iaitu Photo Phone yang dijadualkan pada Jun, serta kursus KKJP bidang Senitangan yang akan diadakan pada Julai nanti.

Beliau berkata, para peserta yang mengikuti kursus ini berpeluang mendapatkan perkongsian tip dan ilmu baharu daripada tenaga pengajar yang berpengalaman serta pakar dalam bidang masing-masing, khususnya dalam bidang kek.

Tambah Therry, dengan adanya kursus kemahiran seperti ini, ia dapat melahirkan lebih ramai tenaga mahir dalam kalangan masyarakat luar bandar, khususnya dalam bidang masakan, sekali gus berpotensi meningkatkan ekonomi keluarga mereka.
Oleh Jiku Juguong

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Lex Series kembali di Hab Inovasi Digital Sibu
Next: Penarikan status pengecualian cukai oleh LHDN jejas kelangsungan badan kebajikan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.