Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Amerika Syarikat lantik Tom Barrack sebagai Duta Khas ke Syria
  • GLOBAL

Amerika Syarikat lantik Tom Barrack sebagai Duta Khas ke Syria

Utusan Sarawak 8 hours ago
DUTA Besar AS ke Turkiye Thomas Barrack berjabat tangan dengan Menteri Luar Turkiye Hakan Fidan dalam mesyuarat tidak rasmi menteri luar Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Antalya, pada 15 Mei 2025 lalu. Foto AFP

WASHINGTON: Duta Amerika Syarikat ke Turkiye, Tom Barrack pada Jumaat mengumumkan bahawa beliau memulakan tugas sebagai Duta Khas AS ke Syria, ketika pentadbiran Presiden Donald Trump meneruskan usaha untuk menarik balik sekatan terhadap Damsyik, lapor Anadolu Ajansi.

“Sebagai wakil Presiden Trump di Turkiye, saya berbangga memikul peranan sebagai Duta Khas Amerika Syarikat ke Syria dan menyokong Setiausaha Rubio dalam merealisasikan visi Presiden.

“Penghentian sekatan terhadap Syria akan memelihara matlamat utama kami — kekalahan berterusan ISIS — dan akan memberikan peluang masa depan yang lebih baik kepada rakyat Syria.

“Dengan cara ini, kita bersama rakan serantau termasuk Turkiye dan negara-negara Teluk akan membantu kerajaan Syria mengembalikan keamanan, keselamatan dan harapan untuk kemakmuran,” kata Barrack dalam satu kenyataan.

Minggu lalu, Trump mengumumkan pada sebuah forum pelaburan di Arab Saudi bahawa beliau akan menarik balik sekatan ‘zalim dan melumpuhkan’ terhadap Syria atas permintaan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan dan Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman.

Sehari kemudian, Trump mengadakan pertemuan bersejarah dengan Presiden Syria, Ahmed al-Sharaa di Riyadh — pertemuan pertama antara pemimpin Amerika Syarikat dan Syria dalam tempoh 25 tahun.

Setiausaha Negara AS, Marco Rubio pada Selasa berkata Washington menyokong usaha membantu kerajaan baharu Syria berjaya, sambil memberi amaran bahawa kegagalan boleh mencetuskan perang baharu dan ketidakstabilan serantau.

“Kita mahu membantu kerajaan itu berjaya kerana alternatifnya ialah perang saudara berskala penuh dan huru-hara, yang tentunya akan menggugat kestabilan seluruh rantau,” kata Rubio kepada sebuah jawatankuasa Senat. — Bernama-Anadolu

Continue Reading

Previous: Trump threatens Apple with 25% tariff on iPhones made outside US
Next: Boeing capai perjanjian dengan DOJ untuk elak pendakwaan berhubung nahas 737Max

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.