Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Affin Bank dicadang buka cawangan baharu di Permyjaya
  • TEMPATAN

Affin Bank dicadang buka cawangan baharu di Permyjaya

Utusan Sarawak 1 day ago
KUNJUNGAN hormat Pengarah Perbankan Affin Bank bagi Sarawak, Victor Liew Wui Tak ke pejabat Menteri Pengangkutan Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin, Dato Sri Lee Kim Shin di Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini. Foto UKAS

PETRA JAYA: Menteri Pengangkutan Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin, Dato Sri Lee Kim Shin mencadangkan agar Affin Bank membuka cawangan baharu di Permyjaya, Miri bagi memenuhi keperluan penduduk dan komuniti perniagaan yang semakin berkembang pesat di kawasan tersebut.

Cadangan itu dikemukakan semasa kunjungan hormat Pengarah Perbankan Affin Bank bagi Sarawak, Victor Liew Wui Tak ke pejabat beliau di Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini.

Menurut beliau, kawasan Permyjaya dan sekitarnya yang kini dihuni kira-kira 150,000 penduduk hanya mempunyai satu bank untuk menampung keperluan kewangan harian masyarakat setempat.

Tambahan pula, kawasan itu turut menempatkan lebih 1,000 premis perniagaan termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS), pasar raya, hospital swasta, institusi pendidikan serta sekolah.

“Memandangkan perkembangan pesat kawasan ini, jelas terdapat keperluan mendesak untuk menambah kemudahan perbankan bagi memudahkan urusan penduduk serta peniaga,” ujar beliau.

Cadangan itu disambut positif oleh Victor yang menyatakan sokongan terhadap inisiatif tersebut dan berjanji akan membawanya ke peringkat pengurusan tertinggi Affin Bank untuk dipertimbangkan di bawah pelan pengembangan cawangan bank tersebut menjelang tahun 2026.

Dalam pertemuan itu, Lee turut mencadangkan agar Affin Bank membuka kaunter perkhidmatan di Senadin bagi membantu penduduk yang layak memohon Kad Debit Kenyalang Affin Bank, satu inisiatif khas untuk rakyat Sarawak yang mempunyai MyKad dengan kod “K”.

Kad ini tidak memerlukan deposit minimum dan dikecualikan daripada bayaran tahunan seumur hidup.

“Inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan untuk memperluas akses dan keterangkuman kewangan kepada seluruh rakyat Sarawak,” katanya.

 -UKAS

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Setiausaha Kerajaan Sarawak terima kunjungan hormat Pejabat Residen Bahagian Kapit
Next: Bursa Malaysia dijangka catat lantunan sederhana minggu depan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.